Pakar dedah tindakan yang perlu buat jika tertuang diesel dalam tangki petrol. Kadang-kadang kesilapan berlaku disebabkan kita terlalu memikir perkara lain ataupun mengelamun sehingga tidak sedar akan perbuatan yang sedang dibuat.
Misalnya ketika mahu menuang minyak petrol ke dalam tangki petrol, tapi tidak sengaja tersalah tuang minyak enjin pula. Enjin confirm boleh ‘KO’, sudah tentu panik, kan?
Untuk perkara seperti ini, disarankan kita untuk tidak terlalu panik dan perlu bertenang dalam memikirkan atau mencari solusi supaya masalah dapat diselesaikan.
Jadi kalau dah terjadi sebegini, apa nak buat? Jangan risau, jurutera automotif, Dr Aid Fawzal baru-baru ini ada berkongsi tentang kecuaian yang menyebabkan kesilapan & apa nak buat.
Dr Aid Fawzal atau nama sebenarnya Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal berkongsi di Twitter mengenai mesej salah seorang individu yang membuat kesilapan meletakkan minyak hitam (minyak enjin) ke dalam tangki petrol motor.
“Mohon rakan-rakan pembaca tahan-tahan diri daripada mencaci. Ini adalah ‘honest mistake’ yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja.
“Yang penting kita belajar daripada kesilapan tu. Boleh jadi ni peluang untuk adik tu belajar buka/bongkar enjin & belajar tentang motosikal,” katanya di Twitter.
Ekoran itu, Dr Aid Fawzal mengambil peluang untuk menerangkan akibat dan solusi kerana beliau merupakan pakar dalam bidang automotif.
Pada permulaannya, beliau menerangkan mengenai ketumpatan petrol dan minyak enjin di mana ketumpatan yang berat akan tenggelam jika dimasukkan dalam tangki petrol.
Ujarnya, minyak enjin mempunyai ketumpatan yang berat dan akan tenggelam serta mudah disedut ke saluran karburettor.
“Dalam bahasa mudah, bila kita masukkan minyak enjin dalam tangki petrol, ia akan tenggelam & memenuhi ruangan bawah tangki.
“Pun macam tu, petrol ada sifat pelarut (solvent) yang mana ia akan mencairkan & melarutkan minyak enjin tersebut,” katanya.
Justeru katanya, apa yang perlu dibuat adalah cuci tangki dan fuel cock (A).
“Disebabkan minyak enjin berada di bawah tangki, ia akan mudah disedut ke dalam saluran ke karburettor (adik ni pakai motor dengan sistem karburettor).
“Bila masuk dalam karburettor, campuran minyak enjin & petrol tu akan memenuhi mangkuk karburettor. Jadi, buka & cuci mangkuk karburettor.
“Bahagian karburettor yang lain tak perlu buka, rendam je (B),” tambahnya.
‘Setakat untuk kegunaan harian, biasa sampai sini je masalahnya. Tapi adik ni dah rempit satu kali’
Sementara itu, masalah tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila si adik berkenaan menyatakan bahawa motosikalnya digunakan untuk kegunaan yang lebih ‘kasar’.
Dr Aid Fawzal berkata sekiranya motor itu digunakan untuk kegunaan harian, maka masalah yang dihadapi hanya melepasi sehingga bahagian karburettor sahaja.
Namun masalah lain akan turut berlaku jika individu itu menggunakan motor di jalan raya buat masa yang lama.
“Kalau motor ni tadi setakat guna harian, biasa sampai sini je masalahnya. Sebab minyak enjin yang masuk ke dalam enjin sepoi-sepoi bahasa.
“Tapi, adik kita ni dah rempit satu kali. Ini macam, campuran minyak enjin tadi pon sama ikut petrol merembes dalam kebuk pembakaran. Tabahlah!,” katanya.
Jelasnya, dia mencadangkan agar bahagian (A) dan (B) perlu diperbaiki terlebih dahulu.
Namun pesannya, jika masalah tetap berlarutan hingga jentera tersebut ‘berasap’, maka dia terpaksa ‘belajar’ lebih lagi iaitu kena buka ‘head’ supaya boleh tengok keadaan dalaman enjin.
“Dalam keadaan normal, campuran angin dengan petrol boleh di mampat & dibakar. Akan tetapi bila ada tambahan minyak enjin, ni jadi satu tanda tanya.
“Minyak enjin yang sikit tak jadi masalah. Tapi kalau banyak, piston ring boleh ‘putus’ disebabkan nilai tekanan terlalu tinggi,” ujarnya.
Katanya, masalah sebegitu memang ikut ‘rezeki’, di mana jika piston ring itu putus elok, hanya bahagian tersebut sahaja yang rosak. Namun jika ‘rezeki tidak baik’, piston ring yang putus itu boleh calarkan dinding silinder blok.
“Jadi tengok head and spark plug, bersihkan (C). Tengok juga piston ring dan dinding silinder blok (D),” ujarnya lagi.
Namun menurut beliau, sekiranya dinding silinder blok calar, pengguna perlu hantar motor ke kedai untuk membaiki kerosakan itu.
“Kalau dinding silinder blok calar, hantar la kedai. Agak kedai kata teruk and kena tukar, bolehlah dapatkan set blok dan piston daripada MB Performance (saya penasihat teknikal untuk MB Perfomance).
“Amik set blok/piston kecik-kecik je dah. Motor harian kan,” ujarnya dalam nada kerisauan.
Kalau tertuang minyak tanah pula macam mana?
Mengulas lanjut, Dr Aid Fawzal turut menerangkan sekiranya tertuang minyak tanah ke dalam tangki petrol, pengguna perlu mengisi petrol yang banyak agar nisbah petrol lagi banyak berbanding minyak tanah.
Ini kerana minyak tanah dan petrol mempunyai komposisi karbon yang sama.
“Minyak tanah tiada hal sangat. Topup je petrol banyak-banyak, biar nisbah petrol lagi banyak daripada minyak tanah yang dah terisi.
“Minyak tanah (kerosene/jet fuel) dengan petrol ni komposisi karbonnya sebelah-sebelah je,” katanya.
Cadangan solusi lain kalau tertuang minyak enjin dalam tangki petrol
Selain itu, ada satu lagi cadangan yang pernah dicadangkan oleh rakan mekaniknya iaitu mengisi minyak petrol dengan penuh dan bawa motor seperti biasa.
Tapi difahamkan tips itu hanya boleh diguna pakai sekiranya pengguna tidak meletakkan minyak enjin yang banyak ke dalam tangki petrol.
“Ada satu lagi cadangan daripada sahabat pomen saya. Cadangan ni sesuai kalau korang terisi tak banyak minyak enjin tu & tak lenjan kaw-kaw.
“Boleh buang saki-baki minyak dalam tangki & ikut cara beliau; isi minyak penuh-penuh dan jalan macam biasa. Lama-lama hilang insyaAllah,” katanya.
Mengakhiri perkongsian panjang, Dr Aid Fawzal berkongsi semula info terkini daripada si adik tersebut. Katanya, masalah sudah selesai dengan hanya menyelesaikan bahagian (A) sahaja.
“Terima kasih kepada rakan-rakan semua yang kasi semangat & doa untuk adik kita ni. Dia buat yang (A) je, masalah dia dah selesai. Alhamdulillah. Happy ending,” katanya.
Untuk membaca perkongsian penuh di laman Twitter Dr Aid Fawzal sendiri, boleh ikuti ciapan bebenang di bawah.
BACA:
Aksi mangsa kemalangan sempat main game sambil tunggu ambulans curi tumpuan
Wajah kecewa pemain Indonesia terpancar apabila pengacara salah umum nama ‘Malaysia’
Wawa Zainal makin berani dedah leher dan telinga
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio