Abang Viva jelas sebab sebenar mak ayah tak datang akad nikah, “mereka tak setuju..”. Tatkala orang ramai tumpang gembira terhadap berita pernikahan Abang Viva dan Evanoza Zakaria, timbul pula spekulasi kurang enak dipercayai daripada kakak pihak lelaki.
Selain mengabaikan keluarganya, Azwan Omar turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan serta restu kedua-dua ibu bapanya.
Saya bercakap berdasarkan bukti…saya masih WhatsApp dengan mak sebelum & selepas nikah
Susulan itu, Abang Viva tampil menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi bagi menjelaskan isu berbangkit tersebut. Sambil menafikan dirinya berkahwin tanpa pengetahuan orang tua, ‘hero banjir’ berusia 30 tahun berkenaan turut tunjukkan bukti perbualan bersama ibunya di WhatsApp sebelum dan selepas diijab kabulkan.
Selain itu, Azwan Omar juga ada mengirim gambar kahwin dan video semasa akad nikah di pejabat agama pada 14 Oktober lalu.
Dengan ayah saya dah beritahu 3 kali, mak 5 kali…cuma mereka tak bersetuju dengan calon yang saya pilih
Ujarnya lagi, perkahwinan tersebut sudah diberitahu kepada ayahnya sebanyak 3 kali manakala ibunya pula 5 kali. Namun, pada masa itu mereka tak bersetuju dengan calon isteri pilihannya. Justeru Abang Viva akui mungkin silapnya adalah kerana teruskan juga, tapi bukanlah tanpa pengetahuan ibu ayah.
Bahkan sehari sebelum nikah, dia menerima sekeping nota “Selamat pengantin baru” daripada maknya.
Mak ayah tak hadir pernikahan atas faktor kesihatan
Mengulas tentang ketiadaan ibu bapanya di pejabat agama, Azwan Omar jelaskan perkara itu dibuat atas faktor kesihatan mereka yang kurang baik pada hari nikahnya. Selain itu, Abang Viva akui tidak tahu menahu apa yang terjadi antara ahli keluarganya kerana sudah dikeluarkan daripada WhatsApp Group sejak Julai lalu ketika terlibat misi banjir di Kedah. Maka, isu berbangkit seperti ini juga tidak dapat dibincangkan bersama mereka.
Saya tak nak cerita selebihnya sampai membuka aib sesiapa…live ini dibuat untuk betulkan kenyataan orang terhadap saya
Di hujung sesi siaran langsung tersebut, Azwan Omar meminta semua pihak agar doakan yang terbaik dan beri mereka peluang untuk selesaikan salah faham ini dengan tenang dan tertutup. Dia juga tidak mahu cerita lebih lanjut sehingga membuka aib sesiapa, sebaliknya niatnya tampil kepada umum malam tadi adalah untuk membetulkan tanggapan orang terhadapnya dan isteri sahaja.
BACA:
‘Tahniah Puteri Sarah hamil anak ketiga’ – Netizen
Gadis tayang buah dada raikan gol jadi tular, satu stadium kecoh!
Selamat pengantin baru Abang Viva!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio