Lelaki ini buat duit tanpa lakukan apa-apa, ‘inilah kerjaya idaman!’

Oleh MHDAILY

Lelaki ini buat duit tanpa lakukan apa-apa, ‘inilah kerjaya idaman!’. Seorang lelaki warga Jepun, Shoji Morimoto memiliki pekerjaan yang mungkin menjadi idaman ramai iaitu tanpa perlu berbuat apa-apa hanya menemani pelanggan dan dibayar 10,000 yen (RM 319) bagi setiap sesi.

Kalau ada sekalipun tugas yang perlu dilakukan hanyalah menjawab soalan yang ditanya pelanggan yang ‘menyewa’ khidmatnya.

“Tugas saya diperlukan untuk menemani pelanggan yang ‘menyewa’ untuk tempoh tertentu. Saya hanya perlu duduk diam, menjawab dengan jawapan ringkas bila diaju soalan.

“Pendek kata, saya tidak akan mulakan perbualan tetapi jika diminta beri pandangan, saya tidak menolak untuk bercakap mengenainya. Tidak perlu buat hal-hal yang mencabar,” kata Morimoto yang mengiklankan perkhidmatan ini sejak tahun 2018 di platform media sosial, Twitter.

Menurut laporan portal TRT World, bapa kepada seorang anak ini berkongsi cerita, skop kerja yang dilakukan antaranya menemani pelanggan ke majlis, menikmati makanan di restoran dan menjadi pendengar sekiranya penyewa berdepan masalah.

Lelaki ini buat duit tanpa lakukan apa-apa, 'inilah kerjaya idaman!'

Sehingga kini, Morimoto telah bertemu dengan 4,000 ‘penyewa’ yang memerlukan perkhidmatannya.

Kongsi Morimoto lagi, ramai di antara ‘penyewa’ yang sunyi dan memerlukan peneman tanpa perlu berbual.

“Ada juga yang segan untuk keluar seorang diri tanpa teman kerana bimbang dengan pandangan orang ramai. Pelbagai ragam ‘penyewa’ sudah saya temui dan itu mungkin salah satu cabaran buat saya,” katanya.

Morimoto juga memberitahu dia pernah ditawar menjadi teman bergurau, membersihkan rumah, mencuci pakaian, masuk ke rumah hantu, bahkan, ada juga yang meminta ‘perkhidmatan tidak bermoral’ seperti berbogel, namun, dia menolaknya dengan cara baik.

BACA:

Tandas awam sekangkang kera ini dibina dengan kos RM8 juta

Anak Zahid disebut calon parlimen Bagan Datuk, ‘Zahid nak lari ke mana?’

Ini janji Anwar jika jadi PM: Nak kurangkan gaji dan bilangan kabinet