Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

Oleh MHDAILY

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan. Model MPV tempatan, Perodua Alza 2023 menerima sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia sehingga apa-apa perkara berkaitan kereta 7-tempat duduk itu mendapat perhatian ramai seperti siapakah pemilik pertama berdaftar, kemalangan pertama model tersebut dan kereta itu diuji muatan penuh naik Genting Highlands.

Terbaharu ‘kembar’ kepada Perodua Alza, Toyota Veloz telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia yang hanya ditawarkan dalam satu varian dan harga dijual RM95,000 sahaja, tidak termasuk kos-kos lain.

MPV yang turut mempunyai 7-tempat duduk ini menggunakan reka bentuk dan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), enjin 1.5-liter 4-silinder 2NR-VE Naturally-Aspirated yang menghasilkan kuasa 106 PS pada 6,000 rpm dan 137 Nm pada 4,200 rpm. Manakala transmisinya pula menggunakan CVT automatik serta sistem pacuan roda depan.

Toyota Veloz mempunyai tiga pilihan mod pemanduan iaitu ECO, Normal dan Power. Dengan rekaan lebih ‘garang’ berbanding Alza, bahagian exterior dilengkapi lampu LED, lampu LED DRL, rim 17-inci berwarna dua tona dan roof rails tersedia yang mampu menampung beban sehingga 75kg pada satu-satu masa. Untuk bahagian belakang pula, ciri perakam video digital (DVR) turut ditawarkan secara pilihan dengan kos berharga RM380.

Pada bahagian ‘infotainmen’ pula, MPV ini mempunyai skrin kluster digital LCD bersaiz 7-inci, skrin tengah bersaiz 9-inci yang menyokong ciri-ciri Apple CarPlay dan Android Auto secara wired atau wireless. Skrin itu juga memperlihatkan paparan kamera keliling 360 darjah Panoramic View Monitor (PVM).

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

Toyota juga menyediakan tiga slot pengecasan USB, pad pengecasan telefon pintar wireless di bahagian konsol tengah dan dua tambahan soket 12V untuk kegunaan yang berbeza.

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

(TSS) yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Lane Departure Prevention (LDP), Lane Keep Control (LKC), Adaptive Cruise Control (ACC), Adaptive Front-Lighting System (AFS), Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA).

Difahamkan UMW Toyota Motor telah menerima lebih 6,000 tempahan. Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan, tempoh menunggu mengambil masa sehingga sekitar 5 hingga 7 bulan.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Selain program bantuan tepi jalan 24SEVEN, pembaikan kecil di lokasi dan perkhidmatan menunda bernilai RM400.

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

 

BACA:

Wanita kongsi resipi buat ‘mushroom seasoning’, pertama kali buat pun confirm jadi!

Pesawat ni tiba-tiba berhenti di atas udara, “ada traffic light merah ke?”

Jep pakai jam harga RM89,000, dipuji netizen sebab tak pernah ‘show-off’