Wanita kongsi resipi buat ‘mushroom seasoning’, pertama kali buat pun confirm jadi!

Oleh MHDAILY

Wanita kongsi resipi buat ‘mushroom seasoning’, pertama kali buat pun confirm jadi!. Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Nawal Yasmin Mat Noh ini sebagai panduan.

PERTAMA KALI BUAT MUSHROOM SEASONING. SANGAT SENANG RUPANYA.

Bahan yang guna cuma:
100g Dried Mushroom

Wanita kongsi resipi buat 'mushroom seasoning', pertama kali buat pun confirm jadi!
50g Garam
50g Gula.
Itu sahaja

Cara Membuat:

1.Basuh dan keringkan dahulu cendawan. Lap dengan kain atau tisu.

2.Kemudian, bakar cendawan 20min dalam oven/airfryer.

3. Masukkan gula dan garam.

4. Masukkan pula cendawan yang telah dikeringkan tadi.

5. Blend 1 min dengan TM6. Terus jadi serbuk halus.

6 Siap! Bolehlah masukkan ke dalam botol atau bekas kedap udara.

Boleh terus digunakan.

Info Ekstra!

Jika tiada TM6 boleh juga menggunakan blender kering untuk kisar jadikan serbuk halus.

Siap! Selamat Mencuba.

BACA:

Unsur illuminati atas pentas Gegar Vaganza buat netizen resah

Air Asia umum ambil semula pilot, kru kabin yang diberhentikan

Isu ejen Mossad, Anwar tuntut Hamzah dan Hisham beri penjelasan