Isu ejen Mossad, Anwar tuntut Hamzah dan Hisham beri penjelasan

Oleh MHDAILY

Isu ejen Mossad, Anwar tuntut Hamzah dan Hisham beri penjelasan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut kerajaan agar memberikan penjelasan berhubung dakwaan pelaksanaan operasi oleh ejen perisikan Israel (Mossad) Israel di dalam negara baru-baru ini.

Ia susulan pendedahan dilakukan sebuah media tempatan pada Selasa mengenai kemasukan ejen daripada agensi perisikan negara Israel yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut.

“Saya tuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan mengapa dibiarkan atau dibolehkan operatif tentera yang berpangkalan di Israel iaitu jentera perisikan Israel nampak terus berlegar di sekitar negara kita khususnya di Kuala Lumpur.

“Pada tahun 2018, tatkala Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapati seorang pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Palestin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dibunuh dengan kejam oleh operatif Mossad.

Isu ejen Mossad, Anwar tuntut Hamzah dan Hisham beri penjelasan

“…Apa jaminan keselamatan negara kita kalau masih ada operatif musuh negara kita, Mossad yang berpengkalan di Israel masih berlegar di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan menerusi video ringkas di Twitternya pada Selasa.

Menurut laporan terbabit, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, Mossad di Malaysia.

Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dipercayai ditahan kerana dikatakan terbabit dalam kes penculikan warga Palestin akhir September lalu.

Seorang wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018 dan disyaki menjadi dalang kepada rangkaian perisikan Israel di dalam negara.

Mengulas mengenai laporan itu, Hamzah pada Selasa berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti dakwaan tersebut dan menjelaskan pemerhatian sedang dilakukan secara menyeluruh.

Katanya, tangkapan akan dilakukan serta-merta sekiranya perlu.

Pada 2018, seorang warga Palestin yang juga imam dari negara tersebut ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di sini ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Dalam kejadian itu, dua suspek menaiki motosikal jenis BMW bertindak melepaskan tembakan jarak dekat kepada Fadi yang juga pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), dipercayai merupakan ejen Mossad yang berada di Malaysia.

BACA:

Dari asnaf hingga jadi T20, pelajar cantik MRSM ini pernah sedih dikelilingi rakan kaya

Ini lokasi paling panas di bumi, satu hidupan pun tak hidup dekat sini

Lintang pukang tetamu lari, keranda tiba-tiba lalu depan pengantin masa majlis