Pelakon utama Harry Potter disahkan meninggal dunia

Oleh MHDAILY

Pelakon utama Harry Potter disahkan meninggal dunia. Robbie Coltrane, pelakon dan juga penulis komik veteran kelahiran Scotland yang terkenal dalam siri jenayah British Cracker dan filem Harry Potter dilaporkan meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Memetik The Hollywood Reporter, Coltrane dilahirkan sebagai Anthony Robert McMillan pada 30 mac 1950 di Glasgow, Scotland sebagai seorang anak kepada seorang guru dan doktor.

Selepas menamatkan pengajian dari Sekolah Seni Glasgow, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya juga dalam bidang seni di Kolej Pendidikan Moray House di Edinburgh.

Namun, pada awalnya, beliau gagal menjadi seorang artis dan membuat keputusan mengambil bahagian dalam bidang komedi (stand-up comedy) di sebuah kelab di Edinburgh.

Kemudian, beliau beralih pula ke dalam bidang lakonan dan menukarkan nama pentasnya kepada John Coltrane sebagai tanda penghormatan kepada legenda jazz.

Pelakon utama Harry Potter disahkan meninggal dunia

Penampilan awal Coltrane di kaca televisyen adalah menerusi filem Flash Gordon pada tahun 1980 diikuti dengan Blackadder dan Keep It in the Family.

Watak yang paling memberi kesan terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon merupakan Dr. Edward ‘Fitz’ Fitzgerald iaitu seorang ahli psikologi jenayah anti-sosial dalam siri Cracker Jimmy McGovern yang bersiaran sebanyak 25 episode pada tahun 1993 dan 2006.

Seterusnya, pada tahun 2021, dia memegang watak sebagai Rubeus Hagrid the Giant dalam filem Harry Potter menerusi Harry Potter and the Sorcerer’s Stone.

Kemudian, pada tahun 2019, Coltrane sekali lagi mengambil peranan sebagai Hagrid dalam filem pendek fantasi bertajuk Hagrid’s Magical Creatures Motorbike Adventure.

BACA:

Tular gambar Jaafar Onn akad nikah

Padah main sorok-sorok, budak empat tahun tersangkut dalam mesin basuh

Tiktok kini disiasat ‘curi’ duit mangsa pelarian Syria di livestream