Jiran campak sampah dari tingkat atas sampai pecah cermin kereta, “neraka tempat kau!”

Oleh MHDAILY

Jiran campak sampah dari tingkat atas sampai pecah cermin kereta, “neraka tempat kau!”. Bila sebut ‘rezeki’, ia bukan berkaitan wang semata-mata. Sebaliknya dapat tinggal di kawasan kejiranan baik juga, merupakan salah satu rezeki. Seorang wanita terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kereta yang rosak apabila ada jiran membuang sampah dari tingkat atas.

Dalam video pendek berdurasi 15 saat yang dimuat naik akaun TikTok @piqahhhhs_ itu kelihatan tempat duduk belakang dipenuhi Proton Preve dipenuhi serpihan kaca cermin belakang dan isi sampah bertaburan akibat sampah yang dicampakkan dari tingkat atas rumah flat yang didudukinya.

@piqahhhhs_Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yg ke kena tanggung 😮‍💨

♬ original sound – ojccccc

Menurut wanita itu, dia terpaksa mengeluarkan RM500 untuk membaiki cermin baharu dan lebih RM100 untuk mencuci serpihan cermin kaca yang pecah tersebut.

@piqahhhhs_ memberitahu bahawa ia bukan disebabkan perbuatan khianat atas sebab mana-mana jiran ‘tidak berpuas hati’ kepadanya kerana kawasan parkir itu memang terbuka dan terdapat tong sampah besar disediakan untuk penduduk di situ membuang sampah.

Jiran campak sampah dari tingkat atas sampai pecah cermin kereta, "neraka tempat kau!"

Netizen berkongsi pelbagai reaksi terhadap perkongsian video tersebut. Ramai tumpang simpati terhadap wanita itu. Mereka mencadangkan agar wanita tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan terhadap management kerana tidak dapat menjaga keselamatan penduduk di flat tersebut.

Wanita itu turut menyatakan penduduk di flat itu sudah lama mencadangkan pemasangan kamera CCTV untuk memudahkan tindakan diambil kepada individu yang terbabit, bagaimanapun cadangan tersebut tidak diendahkan buat sekian lama.

Nyata netizen lagi, ada orang sanggup belanja lebih untuk duduk di kawasan tempat tinggal mahal, bukan kerana rumahnya, tetapi disebabkan tingginya nilai sivik komuniti penduduk yang tinggal sesuatu kawasan itu.

Menurut @piqahhhhs_ tujuan dia berkongsi rakaman video itu kerana mahu menyebarkan kesedaran agar orang ramai sentiasa menjaga sivik dan mempunyai common sense, tidak kira di mana jua tempat tinggal berada.

Wanita itu menyatakan kereta yang menjadi mangsa ‘jiran dari neraka’ itu merupakan milik ayahnya dan lebih ‘mengerikan’ lagi apabila ayahnya berhadapan dengan situasi di mana ada pasu dibuang dari tingkat atas dan jatuh disebelahnya.

“Saya bukan mahu buat kecoh pun, cuma nak sebarkan kesedaran. Kalau jatuh kena kereta boleh baiki. Kalau kena dekat orang?” ujar @piqahhhhs_ dalam ruangan komen video TikTok tersebut.

BACA:

Satu Malaysia kena ‘scam’ dengan Buletin Utama TV3 semalam

Madammu kini hamil 5 minggu selepas penantian 7 tahun

Kahwin lagi? Siti Saleha kongsi berita gembira ini kepada peminat