Ungku Hariz belanja wajah baby barunya bersama Jihan. Pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse, 39, akhirnya berkongsi wajah anak keduanya iaitu bayi lelaki dinamakan Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada 6 September lalu.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa memperkenalkan bayinya secara rasmi menerusi hantaran foto Ungku Altamis Barr bersama suami, Ungku Hariz Faizal.
“Kalian, izinkan saya memperkenal hero kedua kami iaitu Ungku Altamis Barr Bin Ungku Hariz Faizal,” tulisnya.
Perkongsian itu dihujani doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang tumpang gembira. Antaranya Fara Fauzana, Farah Diana dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan pengikutnya juga mendoakan tempoh berpantang Jihan akan dipermudahkan.
Pada 8 September lalu, beberapa rakan terdekatnya berkongsi Jihan selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Sebelum ini dia mendedahkan hanya tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan Ungku Hariz yang juga pelakon pada 20 Mac 2016. Mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
BACA:
Wanita salah makan ganja ketika bercuti di Thailand, “ingatkan kangkung”
Peniaga menangis ada yang kata nasi lemak lauk daging RM5 mahal
MKT UMNO tetap pendirian PRU15 tahun ini
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio