Pemandu menang kes tuntutan jalan berlubang terhadap MPKJ, diarah bayar RM2980. Pada minggu lalu seorang lelaki memenangi tuntutan pampasan terhadap sebuah majlis tempatan selepas keretanya mengalami kerosakan akibat jalan berlubang.
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diperintahkan untuk membayar Dr Fahrurrazi Hamid sebanyak RM2,980, merangkumi kos empat rim (RM1,800), satu tayar (RM800), ruang pelaras (RM180), dan caj tunda (RM200).
Kini Fahrurrazi menyeru pengguna jalan raya lain untuk mempertahankan hak masing-masing. Ini supaya kualiti jalan raya berada di tahap yang baik dan selamat.
“Kita mesti tegas mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa tempatan supaya mereka lebih proaktif dalam memastikan jalan raya yang orang ramai lalui selamat.
“Jangan putus asa dalam mendapatkan pampasan akibat kerosakan jalan yang tidak diselenggara,” katanya kepada portal Free Malaysia Today.
Selepas pada mulanya dinafikan pampasan oleh Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Fahrurrazi mendapatkan bantuan daripada Tribunal Tuntutan Pengguna. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa tribunal tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara itu.
“Walaupun kecewa dengan MPKj dan tribunal, saya membuat kajian di internet dan mendapati individu boleh memfailkan tuntutan kecil di bawah RM5,000 di Mahkamah Majistret,” katanya.
Katanya, dia memfailkan tuntutan di mahkamah dan terpaksa menghadiri enam pengurusan kes dalam tempoh 12 minggu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan pada Julai lalu.
“Saya hanya mahu menegakkan hak saya. Wang bukan tujuan utama, ini adalah soal prisip,” kata Fahrurrazi yang mewakili dirinya sendiri di mahkamah.
Terdahulu Fahrurrazi menang kes tersebut dan mahkamah mengarahkan MPKj membayar tuntutan berjumlah RM2,980 untuk menggantikan empat rim (RM1,800), tayar (RM800), upah penjajaran roda (RM180) dan caj kereta tunda (RM200).
Fahrurrazi berkata semua pengguna jalan raya mesti memainkan peranan mereka sebagai pengguna dan pembayar cukai bagi mendesak PBT lebih bertanggungjawab terhadap keadaan jalan raya.
“Saya bersyukur kejadian ini hanya merosakkan kereta dan saya tidak cedera atau kemalangan. Banyak kemalangan di negara ini berpunca daripada lubang di jalan raya yang menyebabkan kecederaan dan kematian
“Kita perlu mempertahankan hak kita walaupun ia mengambil masa yang lama dan menguji stamina,” tambah beliau lagi.
Kejadian yang berlaku September 2020 pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Budiman Business Park telah menyebabkan kereta Fahrurrazi mengalami kerosakan teruk sehingga kerugian RM3,580.
BACA:
OPR naik sehingga 3.5 peratus?
Melancong negara miskin tapi semua benda nak murah, Mat Salleh ni kena kecam
Ini 5 ‘dash cam’ yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio