“Sebijik suara Tokti!”, gadis cantik di Tiktok tarik perhatian ramai

Oleh MHDAILY

“Sebijik suara Tokti!”, gadis cantik di Tiktok tarik perhatian ramai. Berita netizen tular kerana mempunyai wajah yang sama dengan artis terkenal Malaysia adalah hal biasa.

Pun begitu, seorang gadis comel bernama Layka Al Funsu baru-baru ini menjadi fenomena di TikTok menerusi beberapa video nyanyian yang cukup mempesona. Bukan sahaja mempunyai ‘pakej’ rupa paras yang lengkap, malahan vokalnya tak ubah seperti seorang penyanyi profesional.

Gadis comel viral cover lagu Nirmala sambil duduk

Antara cover yang paling menarik perhatian adalah dendangan lagu TokTi bertajuk ‘Nirmala’. Dari awal nyanyian dimulakan, pendengar pastinya dapat merasai betapa lemak dan lunaknya bentuk suara Layka.

Meskipun menyanyi dalam keadaan duduk dan sempat terbatuk, perkara itu langsung tidak menganggu pernafasannya termasuklah ketika menarik nada tinggi.

"Sebijik suara Tokti!", gadis cantik di Tiktok tarik perhatian ramai

Aku yang perempuan ni pun cair tengok dia…Dahlah cantik, suara sedap pulak tu

Melalui video selebihnya yang tular di TikTok, Layka ada juga menyanyikan lagu artis lain dengan genre berbeza-beza. Tidak sekadar hebat menyanyi irama Melayu, malahan dia fasih mendendangkan lagu-lagu bahasa asing misalnya Thailand dan Sunda.

Tolonglah masuk rancangan TV…Kalau tak tengok memang ingatkan TokTi tadi

Melalui ruangan komen, ramai netizen akui terpanah melihat kecantikan yang dimiliki oleh gadis berlesung pipit itu. Mereka juga memuji kemerduan suara Layka yang dikatakan mirip dengan vokal TokTi ketika zaman muda dahulu.

BACA:

Lelaki dari Johor menang jackpot RM32 Juta, riuh satu kampung

Ramai geram Caprice bagi petrol percuma sampai sesak satu Keramat

Majlis doa selamat atas kubur dah macam pesta, siap ada pelamin