Caprice bertegas tak nak minta maaf dengan SM Faisal, bakal berdepan di court. Susulan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin, penyanyi rap Caprice berkata dia tidak akan meminta maaf serta bersedia untuk berhadapan kes tersebut di mahkamah.
Memetik mStar Online, menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprce berkata dia menyerahkan kepada pihak peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.
“Semua orang ada hak untuk saman, saya sedia untuk berhadapan dengan kes ini dan menyerahkan kepada peguam.
“Saya tidak akan meminta maaf atau memadam video tersebut kerana saya sudah melihat kembali video itu dan ternyata tidak ada sebarang kenyataan yang tidak benar telah dibuat,” tulisnya.
Lihat siaran ini di Instagram
Terdahulu, SM Faisal memfailkan saman fitnah terhadap Caprice susulan dakwaan hantaran di Instagram penyanyi rap itu mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi, beberapa bulan lalu.
SM Faisal mendakwa, hantaran itu memberi implikasi kepada hubungannya sesama keluarga, kerjaya, fokus kerja serta pendapatan plaintif.
Menurut SM Faisal lagi, tindakan Caprice itu membuatkan dirinya tertekan dari segi emosi serta menerima cemuhan dan gangguan daripada masyarakat.
BACA:
Lelaki ditemui dalam keadaan bogel di celah batu, “blur tak tahu boleh sampai sini”
Kecoh video pelakon lelaki terkenal peluk gadis di kelab malam, “selalu jadi ustaz”
Ini cara mohon e-Pengeluaran KWSP melalui akaun 2
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio