Kini Robot pula sampaikan Khutbah di Arab Saudi

Oleh MHDAILY

Kini Robot pula sampaikan Khutbah di Arab Saudi. Arab Saudi pada saban hari sentiasa menaik taraf fasiliti di Masjidil al-Haram untuk pengurusan yang lebih baik dan juga keselesaan jemaah sewaktu di sana.

Sudah terdapat beberapa penggunaan teknologi kecerdasan buatan dan juga robotik.

Terbaharu, robot baharu telah diperkenalkan dalam membantu para jemaah yang berkebolehan membaca Al-Quran, khutbah, pesanan dan juga azan menerusi imam.

Robot ini hadir dengan sebuah skrin besar yang boleh memaparkan maklumat secara terus buat mereka yang membuat carian sesuatu perkara.

Dalam masa yang sama, robot ini juga akan menyediakan sebuah bar kod khusus, membolehkan jemaah memuat turun sejumlah perkhidmatan terus ke telefon pintar.

Kini Robot pula sampaikan Khutbah di Arab Saudi

Robot ini turut hadir dengan sokongan pembantu maya berasaskan suara agar jemaah boleh meminta maklumat berkaitan imam, jadual mingguan, dan informasi berkaitan solat dan sebagainya.

Penambahan robot ini bertujuan bagi melengkapkan beberapa penawaran fasiliti yang sedia ada termasuk untuk pembersihan dan juga pengesan wabak COVID-19. Difahamkan kerajaan Arab Saudi mahu memastikan setiap jemaah yang mengunjungi Masjidil al-Haram mendapat servis yang berkualiti tinggi .

BACA:

‘Cuit sikit seminggu koyak’, kata Sanusi

Vendor mengamuk baling botol sos ke muka rider, sekali ini yang jadi

Gagal saman fitnah, Dusuki Rani diarah bayar RM11,000 kepada Mujahid