Selalu pakai baju sedondon, netizen syak ini kekasih Shuib

Oleh MHDAILY

Selalu pakai baju sedondon, netizen syak ini kekasih Shuib. Hangat di media sosial susulan khabar angin yang mendakwa, pelawak dan usahawan, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Ia susulan dakwaan netizen yang mendakwa keduanya mengenakan persalinan yang seakan-akan sed0ndon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.

Menerusi sebuah video TikT0k yang dimuat naik menerusi akaun farahana2506 yang kini tular, ia berkongsi imej Shuib dan Watie ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan k0nsert Dewa 19 pada Jumaat lalu.

“Betul ke Shuib dengan Watie,” tertera pertanyaan pada kapsyen beserta lampiran foto mereka yang dikatakan hadir mengenakan persalinan dalam rona serupa.

Meninjau ke ruangan komen video terbabit pula, neti.zen mulai membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang akrab dengan usahawan wanita terbabit.

Selalu pakai baju sedondon, netizen syak ini kekasih Shuib

Malah, ada yang mendakwa Shuib kerap memberikan tanda suka (likes) terhadap foto yang dimuat naik Watie di media sosial miliknya.

“Aku dah perasan lama dah. Aku stalk terus and im be like (em0ji terkejut) takpela mana mana jela janji shuib happy kalau betol diorang bersama,” tulis seorang pengguna TikTok lagi.

“Kan dia kata, bakal wife dia bukan artis. So ofcozlah kita x kenal,” komen pengguna lainnya pula.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Mungkin tersuka masa main golf sebab Watie selalu main golf,” tebak pengguna TikT0k.

Video berkenaan sehingga kini menerima hampir sejuta tontonan disusuli lebih 14,500 tanda suka bersama ribuan komen.

Pada masa sama, ada netizen berkongsikan foto yang seakan-akan di lokasi sama sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram.

“Baru stalk, tengok post Watie 7 Mei & Shuib post picture background sama. Rumah lama Shuib di kampung,” dakwa seorang pengguna TikT0k.

Terdahulu, Shuib menerusi media mendedahkan dia sedang mengenali hati budi seseorang dan wanita itu merupakan pilihan ibunya.

Sementara itu, Watie dilihat telah menyekat akses ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert yang dikaitkan.

BACA:

Dakwaan kahwin sebab harta, ini respon panas dari Ayda Jebat

Lelaki OKU luah perasaan hiba ada yang sudi terima dirinya

Rakyat teruja dengar lagu ‘penyamun’ nyanyian Altimet, kini jadi trending