Bayar hutang, akhirnya China paksa Evergrande jual pegangannya

Oleh MHDAILY

Bayar hutang, akhirnya China paksa Evergrande jual pegangannya. ‘Dah mula kena paksa-paksa, mesti banyak lagi aset yang bakal dijual lepas ini.’

Kepentingan yang dipegang syarikat China Evergrande Group dalam Shengjing Bank Co terpaksa dijual dalam usaha kerajaan Tembok Besar melindungi sistem kewangannya.

Penjualan pegangan tersebut didedahkan oleh satu sumber yang tidak mahu dikenali dengan mengatakan pelaburan Evergrande dalam bank tersebut telah tamat bagi memberi ruang penulasan hutang.

Dijelaskan bahawa sebuah entiti milik kerajaan akan membeli baki 14.57% pegangan Evergrande dalam Shengjing Bank pada 7.3 bilion Yuan atau RM4.72 bilion sebagai penyelesaian hutang syarikat kepada institusi kewangan tersebut.

Untuk makluman, Evergrande memiliki sebanyak 36% pegangan dalam Shengjing Bank dengan nilai sebanyak $2.8 bilion.

Bayar hutang, akhirnya China paksa Evergrande jual pegangannya

Sungguhpun begitu, penjualan tersebut dikatakan tidak memberi kesan kepada pemegang bon atau pembeli projek perumahan yang tertangguh.

Sebagai rekod, Evergrande pernah menjual hampir 20% pegangan dalam Shengjing Bank sebagai sebahagian penstrukturan semula hutangnya pada September tahun lepas.

Setakat ini pihak Evergrande mahupun Shengjing Bank atau Suruhanjaya Pengawasan dan Pentadbiran Aset milik Kerajaan Negeri Shenyang mengulas lajut mengenai penjualan tersebut.

Namun apa yang diketahui adalah tindakan tersebut dibuat bagi memastikan sistem kewangan China, yang terjejas daripada hutang Evergrande, kekal utuh.

Krisis hutang Evergrande, sehingga mencetus default, telah menyebabkan kehilangan keyakinan dalam kalangan berjuta-juta pemilik rumah dengan kekeringan kecairan pada sektor hartanah menyebabkan penangguhan pembinaan dan boikot.

BACA:

Reaksi Shuib dalam konti radio bila putar lagu Sarah buat netizen terkejut

Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan

Bekas CEO dedah cara kerajaan PH selamatkan Tabung Haji