Pegawai Polis dan isteri didakwa seksa orang gaji sendiri

Oleh MHDAILY

Pegawai Polis dan isteri didakwa seksa orang gaji sendiri. Seorang pegawai polis dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah Indonesia bagi eksploitasi kerja paksa sehingga menyebabkan cedera parah antara Mac dan Ogos lalu.

Tertuduh, Inspektor S. Vijiyan Rao, 38, dan K. Rineshini Naidu, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozianayati Ahmad.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan itu terhadap Zailis, 46, di sebuah rumah di Taman Industri Bolton, Gombak antara Mac dan 30 Ogos lalu.

Justeru, melakukan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 13 (a) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan.

Pegawai Polis dan isteri didakwa seksa orang gaji sendiri

Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Abu Bakar yang mengendalikan kes memohon kos ikat jamin RM20,000 dan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pasangan yang diwakili peguam A. Narainasami itu bagaimanapun memohon pengurangan kerana mempunyai tanggungan dua anak yang masih kecil.

Rozianayati kemudian membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM10,000 dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Oktober depan.

BACA:

Britain kini diketuai oleh Raja Charles III

Baby Shima kena tegur pakai nipis sangat, ‘nampak benda tak sepatutnya’

Azfar sedia beri kerjasama dengan MAS selepas kantoi ‘bolot’ sedozen bungkus kacang