Azfar sedia beri kerjasama dengan MAS selepas kantoi ‘bolot’ sedozen bungkus kacang. Susulan kontroversi melibatkan pemberian kacang daripada seorang krew kabin Malaysia Airlines (MAS), pempengaruh media sosial, Azfar Heri tampil membuat permohonan maaf berhubung perkara itu di laman Twitter milikya.
Azfar atau Azfar Herisyam, 24, juga berkata dia sedia memberikan sepenuh kerjasama kepada syarikat penerbangan terbabit malah ingin bertemu dengan pihak terlibat bagi menyelesaikan isu berkenaan.
“Saya faham ramai yang marah berkenaan isu kacang MAS. Ini adalah penjelasan saya.
“Saya ingin memberi sepenuh kerjasama dengan pihak MAS sendiri untuk mengenal pasti situasi sebenar pramugari tersebut.
“Pertama sekali saya mohon maaf sebab ada upload gambar kacang yang saya dapat dalam flight itu. Kacang itu diberi secara percuma dan saya tak minta sebarang paket kacang dari MAS sepanjang flight tersebut. Namun, saya sangat hargai atas pemberian tersebut.
“Silap saya di sini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impact yang boleh dihadapi pramugari tersebut.
“Sejujurnya saya tak tahu wujudnya SOP yang tak boleh bagi kacang extra kepada penumpang dan saya mohon maaf sebab tak aware dengan benda ini dari awal,” ciap Azfar.
Dalam kenyataannya itu juga, Azfar menjelaskan dia kini cuba untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pramugari tersebut telah dibuang kerja gara-gara isu berkenaan.
“Berkenaan dengan statement yang mengatakan pramugari tersebut dibuang, saya cuba nak kenal pasti kesahihan statement ini terlebih dahulu sebelum ada lagi banyak salah faham daripada semua pihak.
“Buat masa sekarang saya tidak boleh beri apa-apa komen mengenai isu termination ini sebab kita masih belum dapat apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak MAS sendiri.
“Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada pihak MAS dan saya harap dapat jumpa dengan semua pihak agar kita boleh selesaikan isu ini sewajarnya.
“Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina,” tulis Azfar lagi.
Isu ini tercetus selepas Azfar memuat naik gambarnya bersama bungkusan kacang yang diterima daripada pramugari ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota, baru-baru ini.
Perkongsiannya itu kemudian ‘makan diri’ apabila ia turut dikupas oleh penyanyi Zarul Umbrella yang juga merupakan bekas pramugara MAS.
Zarul berkata tindakan pramugari tersebut adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) MAS.
“Pada pendapat saya, isu ini adalah sesuatu yang mengecewakan.
“Sebenarnya kacang itu, jika ikut SOP hanya perlu diberikan satu pek bagi setiap penumpang. Kalau ada yang minta, mungkin boleh beri dua atau tiga pek, paling banyak pun lima,” kata Zarul menerusi laman TikTok miliknya.
BACA:
Bekas CEO dedah cara kerajaan PH selamatkan Tabung Haji
Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan
‘Ternganga mulut ikan ni dengar tuan dia cerita’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio