Sebab orang ke-3? Nad Zainal buka mulut hal cerai

Oleh MHDAILY

Sebab orang ke-3? Nad Zainal buka mulut hal cerai. Selepas mengejutkan ramai dengan kisah perceraian, aktres popular Nad Zainal memohon orang ramai berhenti menularkan video temu ramah yang didakwa memberi bayangan punca pergolakan rumah tangganya.

Pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu berkata, temu ramah tersebut hanyalah rentetan daripada watak lakonannya sebagai Kirana dalam drama Dendam Seorang Isteri.

“Berikutan video temu ramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan keadaan rumah tangga sebelum ini sedangkan tidak benar.

“Tolong hentikan. Itu hanya temu bual berkenaan isu kecurangan rumah tangga daripada tayangan episod akhir Dendam Seorang Isteri,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu juga bertegas, punca perpisahannya dengan bekas suami, Faliq Amiruddin bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti dakwaan ramai.

Sebab orang ke-3? Nad Zainal buka mulut hal cerai

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu juga kekal dengan prinsip untuk tidak berkongsi sebarang kisah perceraiannya kepada umum seperti sebelum ini.

“Tiada kewujudan orang ketiga. Semua yang terjadi tidak perlu dikongsi.

“Tidak ada sesuatu yang perlu diambil sebagai contoh. Terus bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Sejak semalam, sebuah video temu ramahnya pada majlis tayangan episod akhir Dendam Seorang Isteri sekitar Julai lalu tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, Nad diminta mengulas isu kehadiran orang ketiga dalam hubungan suami isteri.

“Saya cakap pada suami, kalau dah tiada hati berterus terang saja kepada saya dan jangan menipu. Saya tidak mahu mengetahuinya daripada orang lain kerana itu lebih sakit.

“Jika suami ada pilihan kedua, maka saya akan mengundurkan diri. Malas hendak bergaduh, bukan kerana saya mudah mengalah atau sebagainya,” ujarnya.

Kelmarin, dia mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan sudah bercerai dengan Faliq namun tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka.

Perkara tersebut mula dihidu apabila foto-foto bersama bekas suami dipadam daripada akaun Instagramnya.

Untuk rekod, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang baru berusia setahun.

BACA:

Ucapan MP Australia dalam bahasa melayu raih perhatian

‘Ternganga mulut ikan ni dengar tuan dia cerita’

Jaga bayi luar nikah kawan sendiri punya pasal, wanita ini dipenjara