Cuti sekolah dah tiba, ini 8 tips bercuti di Genting Skyworld yang ramai tak tahu. Nampaknya musim cuti sekolah telah tiba! Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah merancang perjalanan untuk bawa anak jalan-jalan bukan? Selain melakukan perjalanan jauh seperti ke luar negara, anda juga boleh sahaja berkunjung ke beberapa lokasi menarik tarikan kanak-kanak dan salah satunya adalah Genting Skyworld.
Namun, ada beberapa tips yang anda perlu pastikan supaya perjalanan ke Genting Skyworld bersama anak-anak berjalan lancar dan tak kelam kabut. Jom tengok persediaan apakah itu!
TIPS PERTAMA KALI BERKUNJUNG KE GENTING SKYWORLD, APA KENA BUAT?
Kalau kamu ada plan ke Genting Skyworld, sini ada beberapa tips yang kamu boleh apply:
1. Kalau boleh, elakkan pergi masa weekend atau public holiday sebab confirm ramai orang masa tu.
2. Download apps Skyworlds. Apps ni wajib ada sebab dengan apps ni kita boleh buat tiga benda; check maps Skyworld, check anggaran masa queue dan paling penting untuk book fast lane (VQ Reservation).
3. Book VQ Reservations sehari sebelum sebab fast lane ni ada kuota. VQ Reservation boleh dibuat sebanyak enam kali, so pilih la untuk skip beratur games yang memang wajib main. Ini antara yang recommended. ESD Global Defender, Independence Day: Defiance, Boot Camp Training, Alpha Fighter Pilots, Acorn Adventure, Epic Voyage to Moonhaven & Samba Gliders.
4. Prepare rain coat sebab cuaca di atas tu tidak menentu. Kadang hujan, kadang kabus tebal dan bila naik rides ”Epic Voyage to Moonhaven” confirm basah. Tapi kalau lupa bawa, no worry sebab di situ pun ada jual dengan harga RM10.
5. Jangan bawa terlalu banyak barang. Kebanyakan games berpusing-pusing dan dilambung-lambung so barang-barang macam topi, cermin mata, phone, bag kecil memang tidak dibenarkan semasa naik rides. Tapi kalau bawa no worry sebab locker disediakan dengan harga RM5 utk dua jam pertama (tambahan RM5 utk setiap jam yang seterusnya).
6. Pakai pakaian yang sesuai. No skirt, no selipar.
7. Payment mostly cashless, so tidak perlu bawa cash.
8. Last sekali kuatkan kaki sebab queue memang panjang. Ada rides yang boleh queue sampai sejam, dan paling menyakitkan hati bila sudah queue 30-40 min tiba-tiba crew bagitau rides tidak dapat diteruskan sebab masalah teknikal.
Tambahan, waktu operasi Skyworld 11 pagi sampai 6 petang. So untuk maximisekan pengalaman di situ, datang la awal. Boleh chill-chill dulu breakfast di atas tu sementara tunggu Skyworld buka. Kalau mau habiskan semua rides dalam masa sehari rasanya mustahil, unless kalau luck memang bagus haritu dapat queue yang tidak panjang.
BACA:
Bersedia dengan kenaikan OPR minggu ini
Gaji RM2 Juta sebulan, Sadio Mane buat saham akhirat di kampung
Peminat terkejut pengakuan Lizzy pernah buat aksi 18sx ini, “masa tu saya belum kahwin..”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio