Bung dikejarkan ke hospital selepas diarah bela diri oleh mahkamah

Oleh MHDAILY

Bung dikejarkan ke hospital selepas diarah bela diri oleh mahkamah. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengesahkan kesihatannya baik dan cergas seperti biasa walaupun khabar angin mendakwa sebaliknya.

Ia susulan tular berita di media sosial semalam yang mengatakan Ahli Parlimen Kinabatangan itu sakit dan terlantar di hospital.

Dakwaan itu tersebar sehari selepas Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, diperintah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk membela diri berhubung kes rasuah yang dihadapinya.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya malam tadi, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Sabah, mengesahkan tenang dan sihat seperti biasa.

Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar yang menampilkannya berkeadaan cergas sambil menikmati minuman dan buah-buahan.

Bung dikejarkan ke hospital selepas diarah bela diri oleh mahkamah

“Kepada semua rakan-rakan dan juga musuh-musuh politik, jangan bimbang. Saya kekal di posisi yang tenang dan masih sihat dalam perlindungan Allah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau turut menyatakan akan bersama rakyat dan penyokong BN di Kota Belud pada 10 September ini untuk melancarkan program Gelombang Biru dan Jentera Pilihan Raya Kota Belud serta Tuaran.

Semalam, khabar angin melalui media sosial mendakwa ahli politik itu dikatakan sakit berdasarkan sekeping gambar menunjukkan beliau terlantar di katil hospital.

Bung Moktar Nafi Sakit, Dirawat Di Hospital

Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya, Jaafar Abdul Wahid, ketika dihubungi berkata ia adalah gambar lama ketika Bung Moktar pulang daripada menjalani rawatan buah pinggang di China pada 2015 atau 2016.

Katanya, gambar berkenaan dipercayai sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan reputasi Bung Moktar dalam kerjaya politiknya.

“Selepas gambar itu tersebar, ramai menghubungi saya termasuk beberapa pemimpin bertanyakan khabar beliau.

“Ia adalah gambar lama dan beliau sihat serta cergas seperti biasa,” katanya.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Bung Moktar bersama isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Ia susulan mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan berkenaan berhubung dakwaan rasuah yang berlaku ketika Bung Moktar menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA pada 2015.

BACA:

Kerusi Rembau: KJ terpaksa redha disuruh beri laluan kepada Tok Mat

Komen Noor Nabila di instagram Sharnaaz buat netizen terpaku

Kenduri jemput sampai satu negeri datang!