Kenduri jemput sampai satu negeri datang!Setiap kali ada jemputan kenduri, sudah pasti kita akan berasa sangat gembira. Apa tidaknya, banyak kegembiraan yang kita boleh dapat melalui kenduri. Pertamanya adalah sebab dapat meraikan orang yang diraikan seperti pengantin, yang menyambut ulang tahun kelahiran dan juga untuk mensyukuri nikmat yang telah diperolehi. Kedua pula, mestilah sebab dapat makan yang sedap-sedap dengan pelbagai jenis makanan.
Bagi pihak tuan rumah pula, mesti akan buat persediaan dan anggaran tetamu yang hendak dijemput. Tapi, lain pula bagi satu ‘kenuri’ yang bakal berlangsung pada awal September ini.
Apa tidaknya, dikatakan yang tuan rumah kepada kenduri tersebut hendak menjemput sehingga satu negeri untuk datang. Korang tak rasa ke ini kerja gila? Nak buat kenduri jemputan sehingga 1,000 orang pun dah pening kepala, tapi yang ini sehingga nak ajak satu negeri datang.
Tapi bila diteliti semula, rupa-rupanya kenduri yang dimaksudkan adalah ‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia @ Padang Terap.
‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia @ Padang Terap ini akan diadakan pada 2 September bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah. Majlis yang bermula pada jam 11 pagi ini adalah anjuran besar-besaran dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Untuk pengetahuan anda juga, kenduri tersebut adalah salah satu aktiviti daripada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.3
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini merupakan satu penganjuran yang boleh membantu meringankan beban rakyat menerusi pelbagai jenis aktiviti dan program. Bukan setakat kenduri sahaja, tetapi terdapat banyak lagi aktiviti dan program yang pengunjung boleh nikmati apabila berada di sana.
Antaranya ialah jualan usahawan dan juga trak makanan yang dapat membantu para peniaga untuk memasarkan produk mereka di samping memudahkan pengunjung untuk mengisi perut. Selain itu, karnival ini juga turut menganjurkan Malam Zikir Berkah dengan pelbagai pengisian ilmu, sukan rakyat serta e-sukan yang akan melibatkan masyarakat tidak kira peringkat umur dan banyak lagi.
Bagi yang hendak menambah ilmu dalam perniagaan, turut dianjurkan ‘Sharing Business In Transformation’ yang akan berlangsung pada 2 September ini. Kalau korang nak tengok lebih banyak aktiviti ketika tempoh penganjuran berkenaan, boleh rujuk kepada gambar di bawah.
Paling penting yang korang perlu tahu, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia akan berlangsung dari 2 sehingga 4 September 2022 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Anda juga boleh mula menyerbu perkarangan Stadium Darul Aman bermula dari jam 9 pagi. Jangan pula risau kalau korang ada hal di waktu pagi kerana masih boleh mengunjunginya sehingga 9 malam dari 2-4 September 2022.
Berhibur Bersama Artis-artis Tanah Air
Pastinya yang ini akan menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk hadir ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Apa tidaknya, konsert GEGAQ@JAKM akan berlangsung pada 3 September 2022 yang melibatkan artis-artis terkenal Malaysia. Antara yang terlibat pada malam itu adalah kumpulan Khalifah, Haqiem Rusli, Ezad Lazim, Rahim Maarof dan juga Khai Bahar. Dengan kehadiran artis-artis kesayangan rakyat Malaysia ini, sudah pasti konsert yang bermula dari 8 pagi sehingga 10 malam ini akan berlangsung dengan meriah sekali. Rugi kalau tak datang konsert ni, jadi ‘set’ jadual dan masa anda cepat.
Bukan itu sahaja yang ada, yang mana ada banyak saman tu memang sesuai sangat datang ke sini sebab Polis Diraja Malaysia akan memberikan diskaun saman sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah. Peluang terhidang macam ni memang kena rebut lah sebab sehingga 50% diskaun bagi kesalahan terpilih. Kalau nak maklumat lebih lanjut tentang diskaun saman ni, boleh tengok di laman sosial PDRM seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Sebelum itu, ada lagi yang anda perlu tahu tentang tarikan di JAKM nanti. Antaranya ialah penawaran ayam seekor dan beras 5kg pada harga hanya RM10. Difahamkan, sebanyak 6,000 pek ayam dan beras tersebut akan disediakan setiap hari di mana 2,000 pek akan disediakan bermula 11 pagi sekali dan sebelah petang sekali pada setiap hari.
Jom ke Karnival Usahawan Desa@KPLB
Jadi apa tunggu lagi kan, korang dah boleh mula rancang hujung minggu korang yang berbaloi pada minggu ini. Jom ke Karnival Usahawan Desa@KPLB pada 2 hingga 4 September mulai 9 pagi hingga 9 malam, di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Stadium Darul Aman, Aloq Setaq, Kedah. Pakat mai sokong usahawan kita.
BACA:
Baru je diarah bela diri oleh mahkamah, wajah dan badan ‘hot’ Zizie pula jadi perhatian
Sambut Hari Kebangsaan dengan konsert hiburan, tindakan Arab Saudi dipersoal
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio