Kerajaan lulus pandu uji kereta terbang ini, nilai hampir RM1 Juta. Sebuah kereta terbang berharga sekitar AS$167,900(RM753,509) mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk memulakan ujian penerbangan selepas pembangunan selama 14 tahun, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.
Dinamakan Samson Switchblade, kereta terbang itu sedang menjalani ujian kelajuan sebelum berlepas terakhirnya sebelum dipandu di udara buat kali pertama sekali gus menjadikan prospeknya cerah.
Pembina kenderaan itu, Samson Sky mengatakan, sebanyak 2,100 unit kenderaan tersebut telah ditempah awal. Tempahan itu merangkumi 52 negara dan kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.
“Artis mengimpikan masa depan dan masa depan itu dipenuhi dengan kereta terbang. Jika anda berkongsi impian itu, Switchblade direka untuk anda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Samson Sky, Sam Bousfield.
Kereta terbang itu mempunyai tiga roda dan saiznya bersesuaian dengan tempat letak kereta biasa. Kenderaan itu juga sesuai untuk disimpan di dalam garaj atau diletakkan di halaman rumah.
Pembeli perlu memasang kereta itu sendiri kerana ia dijual dalam pek bina sendiri. Setiap kit Switchblade dilengkapi enjin, gear, peralatan elektronik penerbangan, bahagian dalaman dan Program Bantuan Samson Builder.
Setelah dibina, Samson Sky berkata, pengguna akan memandu kereta itu di jalan raya dari rumah ke lapangan terbang berdekatan, di mana mereka boleh melepaskan sayap dan ekor yang menghayun keluar dalam masa kurang tiga minit.
Pemandu kemudian boleh menerbangkan kereta itu dari lapangan terbang menuju destinasi mereka. Sebelum mendarat, mereka hanya perlu menukar semula kepada mod pemanduan di darat.
Apabila dipandu di udara, kereta itu boleh mencapai kelajuan sehingga 306 kilometer sejam (kmj) dan ketinggian 21,000 kilometer (km).
BACA:
Baru je diarah bela diri oleh mahkamah, wajah dan badan ‘hot’ Zizie pula jadi perhatian
‘King’ Myvi salah tekan pedal minyak, tercium pula Mercedes di lorong drive-thru McD
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio