Ayda Jebat kata mak mentua tak bagi masak dan kemas rumah

Oleh MHDAILY

Ayda Jebat kata mak mentua tak bagi masak dan kemas rumah. Selepas mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Ahmad, penyanyi Ayda Jebat memilih untuk tinggal bersama dengan mentua.

Kami sekepala

Berkongsi pengalaman sebumbung dengan mentua kepada Harian Metro, Ayda, 30, menyatakan dia diberi layanan baik selain tidak dibenarkan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak dan mengemas.

Kata pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat, dia tidak pernah berdepan momen buruk memandangkan hubungannya dengan mentua sangat rapat.

Tinggal dengan mentua, bagi saya tak ada pro dan kontra. Tak tahu pula orang lain. Tapi saya sangat suka. Mungkin sebab Nabil dia memang dulu kata ‘tolonglah jangan dapat isteri macam ibunya’, sekali dapat saya.

Ayda Jebat kata mak mentua tak bagi masak dan kemas rumah

Saya memang sekepala dengan mak dia, perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap, ‘buat apa di dapur ni’.

Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu, sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza.

Pelantun lagu Pencuri Hati turut bersyukur apabila dikurniakan Nabil yang merupakan seorang ‘family man.’

Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis ‘family person’. Saya suka dan okay saja. Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar kan saya sudah duduk sendiri.

Bila-bila masa tambah anak

Dalam pada itu, pelakon drama Cindai akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya itu bakal menginjak usia setahun pada 21 September ini.

Saya bersedia saja bila-bila masa nak tambah anak. Kalau boleh nak sekarang. Bukan apa, saya dah lama tidak ‘shoot’. Dengan Ana Nayla pun dah hampir dua tahun berehat kerana mahu melihat dia membesar dulu.

Jadi, kalau nak tunggu anak kedua selepas kembali bekerja akan susah sikit sebab saya memang takkan ‘shoot’ kalau sedang hamil. Namun, disebabkan saya bersalin secara pembedahan, jadi kena ambil masa sikit kalau nak mengandung lagi.

Sekadar info, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.

BACA:

Kritik pemerintah Saudi isu hiburan melampau, Imam Masjidil Haram akhirnya diseksa begini

Tindakan Shila Amzah campak gula-gula dari mulut masa tengah ‘live’ buat penonton terkejut

Kerajaan umum 3 ‘hadiah kemerdekaan’ khas untuk rakyat Selangor