National Geographic kena kecam, salah sebut Singapura di Malaysia. Laman Facebook National Geographic UK menjadi perhatian warga Singapura dan Malaysia apabila ia membuat hantaran yang menyatakan Singapura sebahagian daripada Malaysia.
Dalam hantaran yang dibuat semalam, ia memaparkan gambar pelancong yang mengunjungi taman awam terkenal di Singapura iaitu, Gardens by the Bay.
Dalam hantaran itu kenyataan gambar ditulis “Dari arkib: Keluarga dari India berjalan di Gardens by the Bay di Singapura, Malaysia.”
Kenyataan itu mendapat lebih 28,000 reaksi dan hampir 8,000 komen, serta lebih 16,000 perkongsian.
Di ruangan komen, akaun Tourism Malaysia juga dilihat memberi pandangan bahawa lokasi dalam hantaran itu adalah di Singapura manakala Kuala Lumpur di Malaysia sambil memaparkan gambar Pintasan Saloma.
Berdasarkan carian terkini, laman Facebook National Geographic UK sudah ditukar nama kepada National Geographic Asia.
BACA:
Tindakan Imam lambung bayi dengan niat ‘dah besar jadi wali’ dikecam
Waspada semua, laporan dedah ‘kiamat iklim’ makin dekat
Menang badminton dunia, kerajaan akan umum cuti peristiwa?
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio