Pfizer kena saman dengan vaksin Moderna. Syarikat pembuat vaksin COVID-19 menyaman pesaingnya Pfizer, serta rakan kongsinya dari Jerman, BioNTech kerana didakwa melanggar paten penghasilan vaksin COVID-19 yang pertama diluluskan di Amerika Syarikat (AS).
Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.
Tuntutan mahkamah itu difailkan di Mahkamah Massachusetts dan Mahkamah Dusseldorf di Jerman.
Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel dalam kenyataan berkata, tuntutan mahkamah itu untuk melindungi platform inovatif teknologi mRNA yang dirintis oleh syarikat itu.
Moderna mendakwa, Pfizer-BioNTech, tanpa kebenarannya, meniru teknologi mRNA yang dipaten oleh Moderna antara 2010 dan 2016, jauh lebih awal sebelum COVID-19 muncul pada 2019 dan menular sehingga menarik perhatian seluruh dunia pada awal 2020.
Pfizer-BioNTech menegaskan, kedua-dua syarikat itu akan mempertahankan paten mereka.
BACA:
Kelibat ‘bodyguard’ Najib masih setia dengan bossnya dipuji
Jom kerja kerajaan, KPKT buka jawatan kosong, mohon sekarang
‘Henti tabur fitnah Rafizi’ – Dr Latiff
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio