Selamba mencarut, doktor lempang budak 3 tahun masa rawatan

Oleh MHDAILY

Selamba mencarut, doktor lempang budak 3 tahun masa rawatan. Seorang doktor lelaki di Thailand didakwa menampar seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dan enggan memberikan rawatan kerana dihina oleh pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.

Susulan kejadian itu, keluarga kanak-kanak tersebut membuat laporan polis dengan ibunya, Sutharat, mendedahkan insiden itu dalam akaun Facebook berjudul Let Me Know If You Want to Be Famous Return Part 3.

Menurut Sutharat, dia membawa anaknya ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen dalam wilayah Nakhon Pathom kerana mengalami serangan asma.

Budak itu duduk di atas ribanya sambil bermain permainan ketika menanti rawatan di dalam bilik doktor berkenaan sebelum permainan itu terkena wajahnya.

“(mencarut) ia terkena mulut saya!” kata kanak-kanak tersebut.

Selamba mencarut, doktor lempang budak 3 tahun masa rawatan

Doktor berkenaan kemudian berpaling lalu menampar anaknya yang membuatkan kanak-kanak itu menangis.

Menurut Sutharat, ketika ditanya mengenai perbuatannya, doktor itu berkata bahawa dia melakukan perkara sama kepada anaknya. Dia kemudian menyerahkan ubat nebulizer sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

Sutharat menegaskan bahawa anaknya mengeluarkan kata-kata itu kerana barang permainannya terkena pada wajahnya, dan bukannya mencarut kepada doktor tersebut.

Namun, dalam satu temu bual dengan media, doktor terbabit mendakwa bahawa dia menampar kanak-kanak itu kerana dia berkata, “(mencarut) doktor Tu”. Doktor Tu merupakan nama samaran lelaki berkenaan.

Dia bagaimanapun mengaku bahawa tindakannya itu salah dan tidak bermaksud untuk menampar kanak-kanak tersebut. Katanya, dia berada dalam keadaan tertekan kerana keluarganya baru pulih daripada jangkitan Covid-19.

Doktor itu juga mengaku akan berjumpa dengan keluarga kanak-kanak tersebut untuk meminta maaf.

BACA:

Elon Musk nyatakan hasrat nak beli Manchester United

RXZ Members: Ratusan motor didakwa hilang, ini respon polis

Baru 2 bulan dibenarkan ganja, Thailand kini jadi ‘hura-hara’