RXZ Members: Ratusan motor didakwa hilang, ini respon polis. Polis Terengganu hari ini menafikan satu berita yang tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa kononnya ratusan motor ‘hilang’ semasa berlangsung program RXZ Members 4.0 2022 di Kuala Nerus Sabtu lepas.
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata pihaknya hanya menerima dua laporan berhubung kehilangan motosikal pada hari berkenaan, sama sekali jauh berbeza dengan jumlah yang ditularkan oleh warga net.
“Cuma dua buah sahaja motosikal yang (dilaporkan) hilang dan ada satu kemalangan maut melibatkan peserta program RXZ Members yang dalam perjalanan dari Selangor ke Kuala Terengganu.
“Jangan cepat percaya dengan media sosial kerana boleh pening kita dibuatnya,” katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman Mohd Alwi Zainal Abidin.
Pada majlis itu seramai 668 orang penerima termasuk anggota, pegawai dan pesara polis dari negeri ini dianugerahkan pingat tersebut sebagai penghargaan di atas jasa bakti serta pengorbanan mereka kepada negara.
BACA:
Bumi menuju ke arah kepupusan besar-besaran – Pakar
Lepas niat nak bunuh diri, Aliff Syukri nak jual akaun instagram RM500,000
Baru 2 bulan dibenarkan ganja, Thailand kini jadi ‘hura-hara’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio