Beri makan homeless, Ebit Lew kena ‘sound’ dengan gangster kawasan

Oleh MHDAILY

Beri makan homeless, Ebit Lew kena ‘sound’ dengan gangster kawasan.Mesti kita pernah terjumpa seorang yang memiliki raut wajah yang kurang mesra, suara keras dan segala ciri-ciri yang biasanya mendapat stereotaip sebagai golongan manusia yang tidak ramah. Yang paling mengejutkan, setelah berkawan lama dengan manusia yang memiliki muka ‘bengkeng’ ini, rupanya dia tidaklah garang seperti yang disangkakan. Malah, kita boleh menjadi kawan rapat atau mungkin ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu bakal pasangan.

Perkara ini berlaku kepada seorang aktivis kemanusiaan yang sering membantu golongan susah dan sangat memerlukan, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang bercuti di Munich, Jerman. Ketika beliau sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memiliki raut wajah yang garang dan tidak mengukirkan cebisan senyuman ‘bertentang mata’ dengannya.

Pertemuan yang tidak diduga
Lelaki yang ‘garang’ itu datang mendekati Ebit Lew lalu bertanyakan soalan mengenai asal usulnya. Dia juga hairan dengan tindakan Ebit Lew yang memberi makan kepada golongan setinggan. Bagaimanapun figura dakwah itu menjawab persoalan abang ‘garang’ tersebut. dengan sabar.

Semalam pusing-pusing dekat Munich German. Seorang brother kawasan ni garang tak senyum. Dia datang dan tanya awak dari mana. Kenapa awak bagi makan pada homeless? Awak orang baik.

Beri makan homeless, Ebit Lew kena 'sound' dengan gangster kawasan

Beliau juga menerangkan bahawa hatinya tidak tenang jika ternampak ada orang yang terbaring dan tidur di bawah pokok taman tersebut. Dalam penerangan itu juga, beliau menerangkan bahawa perbuatan (bagi makan/sedekah) tersebut merupakan perintah Allah S.W.T. dan perintah ini wujud disebabkan Allah S.W.T. sayang kita semua.

Saya datang bercuti. Tapi hati saya tak tenang tengok orang terbaring tidur di bawah pokok di taman ni. Kerana Allah perintahkan. Allah sayang kita.

Setelah mendengar jawapan daripada beliau, lelaki garang itu kemudiannya membawa beliau bertemu dengan rakan yang lain. Semua rakannya menunjukkan tanda hormat dan layanan baik kepada Ebit Lew. Disingkatkan cerita, abang ‘garang’ ini sangat mudah untuk dibuat kawan.

Kemudian dia bawa jumpa geng dia yang lain. Semua hormat je. Baik jer. Sekejap je dah berkawan walau muka jenis garang. Last senyum, salam dan peluk je. Saya belanja diaorang pizza. Siap terjumpa semua angkat kepala tanda dah kawan. Senyum tetap sikit-sikit je. Jarang dapat tengok. Orang nampak macam ni kadang jauh lebih baik hati mereka.

Pada akhir pertemuan mereka, mereka saling mengukirkan senyuman, bersalam-salaman dan berpelukan antara satu sama lain. Ebit Lew sempat mereka membelanja beberapa keping pizza. Selepas perjumpaan pertama tersebut, mereka menganggukkan sedikit kepala setiap kali terserempak. Ia satu isyarat yang biasa berikan bila kita sudah mengenali dan berasa selesa dengan seseorang.

Walaupun sudah berkawan, mereka masih segan-segan untuk ukirkan senyuman yang lebar. Secara luaran, mereka memiliki aura seperti harimau yang ingin mencengkam mangsa tetapi setelah mengenal hati budinya, kita tidak dapat menyangka bahawa ada sebuah taman yang begitu indah mendiami lubuk hatinya. Orang yang memiliki perwatakan ‘tsundere‘ ini jarang ditemui.

BACA:

Buat Kak Long macam binatang! Aliff Syukri tak serik-serik

Usahawan kantoikan Sifu marketing terkenal, “Dia claim saya anak didik dia, padahal tak pun!”