Cikgu geleng kepala tengok tulisan jawi ‘next level’ anak muridnya. Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang sukar dilupakan semasa berada di zaman persekolahan betul tak?
Ada kenangan manis, pahit dan juga lucu. Semua itu sebenarnya proses kita untuk menjadi lebih matang dan mengenal erti kehidupan.
Selain dari ponteng sekolah, sudah tentu ada di antara kita yang pernah meniru kerja sekolah kawan di kelas bukan? Tak kisahlah jawapan betul atau tidak, janji kerja sekolah siap.
Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang guru naik pening selepas melihat tulisan jawi anak muridnya.
Lihat video penuh itu di bawah:
@shahrulafiq01 Korang rasa mane satu tulisan jawi yang betul? Cehh comment 🤣#fypシ #fyp #lawakbudaksekolah ♬ original sound – Shahrul Afiq
Sekali tengok macam tak ada apa-apa kesalahan, tapi bila baca baris kedua terus cikgu tepuk dahi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahrulafiq01, kelihatan cikgu itu sedang menyemak kerja sekolah murid-muridnya.
Namun, apa yang membuatkan cikgu itu naik pening adalah apabila dia mula perasan tulisan jawi di buku salah seorang anak muridnya dilihat lain macam.
“Aku tak faham la. Aku bagi kerja kat budak, punyalah senang. Benda dah belajar jawi. Ya Allah. Ni mana punya jawi dik? Tambah bulat ni dik. Macam manalah nak cakap dengan mak dan ayah ni. Haih, macam sama tapi bukan,” katanya.
“Tu kan tulisan Yunani. Dia guna decoding tu, QR code terus dia buat hahaha cuba try scan” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 806.5K views, 97.9K likes dan 3.3K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi spekulasi masing-masing selepas melihat tulisan jawi murid itu.
BACA:
Aliff Syukri akui doktor sahkannya ada penyakit mental