Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki

Oleh MHDAILY

Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki. Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Stanford, ia mendedahkan bahawa Indonesia adalah negara paling malas berjalan kaki di dunia.

Memetik tempo.co, kajian itu menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.

Penyelidik Universiti Stanford menggunakan data minit demi minit daripada 700,000 orang di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi Argus, sebuah aplikasi telefon bimbit yang merekodkan aktiviti pengguna.

Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki

Hasilnya, mereka mendapati bahawa rakyat Hong Kong mendapat tempat pertama sebagai negara paling rajin berjalan kaki. Penduduk Hong Kong berjalan secara purata 6,880 langkah atau 6 km sehari. Di bawahnya ialah China, di mana purata orang berjalan 6,189 langkah setiap hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).

Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki

Rakyat Indonesia menjadi pemenang tempat pertama untuk negara paling malas berjalan kaki dengan jumlah 3,513 langkah sehari. Di belakang Indonesia adalah Arab Saudi (3,807), Malaysia (3,963) dan Filipina (4,008).

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu juga menemui jurang di setiap negara antara penduduk paling aktif dan malas. Semakin besar jurang dalam negara, semakin besar kadar obesiti dalam kalangan penduduk.

Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki

Sweden sebagai contoh, jurang aktiviti antara malas dan rajin di Sweden adalah sangat rendah. Dengan cara itu, negara mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah, kata Tim Althoff, salah seorang penyelidik dalam kajian itu.

Para penyelidik terkejut apabila mendapati jurang aktiviti juga didorong oleh jantina. Di negara yang penduduknya paling malas berjalan, wanita cenderung lebih malas berbanding lelaki. Manakala di negara yang rajin berjalan seperti Jepun, antara perempuan dan lelaki berjalan dengan jumlah yang sama setiap hari.

“Apabila jurang aktiviti lebih besar, wanita cenderung lebih malas melakukan aktiviti berbanding lelaki. Oleh itu, wanita lebih gemuk, kata Jure Leskovec, salah seorang penyelidik di Universiti Stanford seperti dipetik The Sun.

BACA:

Belum selesai isu LCS, status kapal OPV Maritim pula jadi tanda tanya

Waktu jam bekerja seminggu Malaysia dikurangkan 3 jam bermula 1 september

KSN : Kontrak Zuki Ali disambung 2 tahun lagi