Aliff Syukri dan Baby Shima buat aksi ghairah kena kecam. Nampaknya, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kembali muncul dengan lagu terbaru berjudul Baby Sayang, namun kali ini tampil bersama penyanyi kontroversi Baby Shima.
Berkongsikan video bagi mempromosikan lagu terbarunya itu, Aliff dilihat sedang ghairah menari bersama Shima.
Lebih mengejutkan ramai, Baby Shima tampil dengan hanya memakai seluar pendek sehingga menampakkan sebahagian peha yang dianggap keterlaluan.
Perkongsian video itu ternyata mengundang kecaman ramai yang menyifatkan kedua-duanya seolah tidak serik terpalit dengan kontroversi.
Diruangan komen, ada yang mengatakan Shima seperti pelakon lucah di dalam video tersebut. Tidak kurang juga, ada yang memberi teguran agar kedua-dua mereka bertaubat.
Mungkin sedar video tersebut dikecam teruk, selepas beberapa jam dimuat naik Aliff bertindak menutup ruangan komen perkongsian berkenaan.
Lihat siaran ini di Instagram
Komen Netizen :
” Dah macam pelakon lucah pulak bebi sima tu ”
” Buat video clip yg helok2 sikit boleh tak dato ? Baru lah class dato ”
” Tak rasa malu ke “” sedihnya tgk ”
” Desperate sgt nk popular tp dgn cara tk brmaruah..babyshimaaa ”
” Dah kenapa lagi nii?? Asyik buat hal je ”
BACA:
Gadis rider cantik ni rupanya lelaki, ramai pemuda patah hati
Lelaki dedah Malakat Mall sunyi sepi, apa dah jadi mall muslim pertama ni?
Suami ‘kantoi’ curang selepas bini jumpa segumpal rambut di tandas