Suami ‘kantoi’ curang selepas bini jumpa segumpal rambut di tandas

Oleh MHDAILY

Suami ‘kantoi’ curang selepas bini jumpa segumpal rambut di tandas. Naluri seorang wanita selalunya tepat. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan naluri seorang isteri terhadap suaminya. Isteri mana yang tak patah hati apabila berjaya menangkap suaminya yang dikatakan berlaku curang di belakangnya.

Isteri jumpa rambut wanita lain

Meraih lebih satu juta tontonan di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Sadgirl69 mendakwa bahawa si suami curang terhadap dirinya,.

Difahamkan, pasangan itu melalui fasa perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan sudah lama tidak bertemu atas faktor bekerja. Si suami dikatakan baru sahaja pulang dari kerja serta membuat keputusan untuk check-in di sebuah hotel untuk menghabiskan masa bersama.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan datang ke hotel keesokan paginya kerana terlalu penat untuk memandu pada waktu malam. Namun, apa yang mengejutkan si isteri apabila dia menemui sehelai rambut panjang pada singki di dalam tandas hotel terbabit.

Suami 'kantoi' curang selepas bini jumpa segumpal rambut di tandas

I dengan suami PJJ . Semalam dia baru sampai lepas tu tinggal dekat satu hotel. I datang hotel pagi dah sebab malas nak drive tengah malam.Ni rambut hantu apa ya? Semalam suami I tinggal seorang je dekat hotel ni. Rambut hantu mana pulak?

Lebih menghairankan lagi adalah suaminya tinggal berseorangan dan rambut itu bukan milik lelaki tesebut. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai saranan diberikan kepada wanita tersebut antara meminta kebenaran pihak hotel untuk melihat cctv.

Malah ada juga yang memberitahu tersebut tersebut mungkin ditinggalkan pekerja pembersihan hotel.

Rambut siapa?

“Naluri isteri selalunya tepat”

“Trust your sense”

“klau dkt singki tu mmg kesan baru”

“U can ask the hotel management fot view the CCTV”

BACA:

Rakaman akhir mangsa dera sebelum mati jadi perhatian

KLCC terbakar! Bomba bergegas selamatkan keadaan

Kuliah Subuh terlalu bising, lelaki mengamuk di masjid jadi kecoh!