Selepas muatnaik gambar tak bertudung, Elyana dedah dia dah give-up. Kecoh hari ini apabila Elyana muatnaik gambar free hair.
Tindakan penyanyi dan pelakon, Elyana memuat naik gambarnya tidak bertudung dalam satu hantaran di Instagram mencetuskan reaksi berbeza daripada warganet.
Memetik dari Utusan, ketika sebahagian meluahkan kerisauan mereka mengenai keadaan dirinya, segelintir lagi mengecam dan mempertikai tindakannya yang seolah-olah mempersenda tuntutan agama.
Elyana ketika dihubungi Utusan Malaysia mengakui tertekan dengan tindakan segelintir netizen yang terus-menerus mempersoal caranya menutup aurat.
“Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up,” jawabnya ringkas.
Semalam, Elyana secara tiba-tiba berkongsi hantaran dipercayai gambar lamanya yang tidak berhijab. Namun, dia memadam semula gambar tersebut dan memuat naik sekeping foto baharu memaparkan dia memakai baju bertulis Jadi Diriku.
Penyanyi Kalis Rindu itu juga menutup ruangan komen pada gambar tersebut, malah akaun Instagramnya turut diletakkan dalam tetapan privasi.
Sebelum ini, Elyana meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir netizen yang menuduh dia sengaja mencari simpati dengan menjaja kisah penderitaannya melawan penyakit kanser limfoma.
Berang dilempar tuduhan tersebut, dia turut menyuarakan hasrat untuk bersemuka dengan individu terbabit.
Elyana dalam perkongsian sama turut memuat naik beberapa tangkap layar seorang individu yang secara biadab menegur penyanyi itu berhubung cara pemakaiannya dan mengajak untuk bersemuka.
“Niat nak bagi nasihat, tetapi biadab. Mungkin dulu saya tak suka menjawab, tapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” katanya.
BACA:
“Dia selalu buat main”, lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri
Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu – Artis paling mahal Indonesia