Unik! Lelaki ni boleh bau dan rasa perkataan. Seorang lelaki di Britain mengalami masalah saraf sehingga membolehkannya ‘merasa’ dan ‘menghidu’ sesuatu perkataan terutamanya nama manusia, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.
Henry Gray, 23, dari Newcastle mendapati dia mengalami synaesthesia leksikal-gustasi pada 2009 selepas ibu bapa dan gurunya meminta dia memberikan pendapat mengenai ‘rasa’ nama rakan-rakan sekelasnya.
“Saya masih ingat berfikir bagaimana orang lain tidak menganggap nama Maggy itu berasa seperti telur” katanya sambil mengimbau zaman kanak-kanaknya.
Bagi Gray, nama bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terasa seperti ‘menyepit kumbang bercengkerang keras menggunakan kaki’.
Nama anggota One Direction, Harry Styles pula berasa seperti ‘rambut melekat pada wayar telefon manakala nama bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seperti ‘itik getah yang kempis’.
“Saya selalu mengaitkan perkataan dan nama dengan rasa makanan, bau dan perasaan. Bagi saya, nama Kate Middleton berasa seperti memotong kain bergerigi menggunakan pisau di dalam gereja dan saya boleh mendengarnya.
“Salah satu nama yang paling teruk bagi saya ialah Kirsty iaitu bau air kencing. Saya tidak pasti boleh berkawan rapat atau bercinta dengan Kirsty,” katanya.
BACA:
Honda HRV baru: Ini butiran bayaran bulanan yang perlu anda sediakan
Peguam positif Covid-19, bicara Zahid tangguh lagi
Lelaki rogol anak tiri umur 8 tahun secara ganas, doktor terpaksa keluarkan rahim