Kerajaan perkenal Bantuan Kanak-Kanak, dapat tunai sehingga RM1,000, mohon sekarang! Kerajaan hari ini memperkenalkan bantuan khas untuk kanak-kanak. Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela. Berikut meupakan butiran lanjut :-
Apakah itu BKK?
- Kadar bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK):
- RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
- Kadar bantuan maksimum RM1000 sebulan sekeluarga
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga.
- Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka sebagai kanak-kanak.
Siapakah yang layak untuk memohon BKK?
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin per kapita semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Bagaimanakah cara untuk memohon BKK?
- Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
BACA:
Baju ‘kayangan’ PM jadi perdebatan netizen lagi, kali ini kemeja putih Burberry pula
Sedang cari kerja pun dapat elaun, bayaran RM1,300 dalam tempoh 4 bulan, mohon segera
JPA buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM9,607
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio