Baju ‘kayangan’ PM jadi perdebatan netizen lagi, kali ini kemeja putih Burberry pula

Oleh MHDAILY

Baju ‘kayangan’ PM jadi perdebatan netizen lagi, kali ini kemeja putih Burberry pula. Gempar baru baru ini, seorang pengguna laman sosial Twitter mendedahkan harga baju kemeja Perdana menteri kita iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Perdana menteri yang sering menjadi bualan masyarakat apabila sebelum ini beliau sering mempamerkan imej fesyen yang menarik perhatian rakyat Malaysia.

Burberry bukan satu jenama asing dalam arena fesyen di Malaysia. Malan, harga yang boleh dikatakan mahal juga menjadi isu hangat dan persoalan ramai netizen. Tular gambar PM kita yang sedang menjamu selera di laman Twitter dengan berpakaian yang segak dengan berkemeja putih dan tali leher.

Kemeja Burberry berharga RM2,390?

Baju tersebut terus menjadi perbualan netizen sehingga ada yang mencari sendiri harga sebenar kemeja tersebut laman web Burberry. Lebih mengejutkan, pengguna tersebut telah berkongsi harga kemeja dan ternyata harganya adalah RM2,390 untuk sehelai kemeja putih yang berpoket!

Baju 'kayangan' PM jadi perdebatan netizen lagi, kali ini kemeja putih Burberry pula

Netizen tidak ketinggalan meninggalkan komen yang kurang menyenangkan kerana menganggap pakaian tersebut tidak cantik dan ada bersangka baik bahawa beliau telah ditaja oleh syarikat pakaian mewah tersebut iaitu Burberry.

BACA:

Mengejutkan! 1.2 Juta warga China rupanya masih belum keluar dari Malaysia

JPA buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM9,607

Leona seksi melampau , ‘Saya dulu lagi teruk’ – Azhar Sulaiman