Nik Amar puas hati rakyat Kelantan lagi bahagia dari Selangor. Timbalan Menteri Besar Kelantan berasa sangat puas hati dalam laporan indeks MHI yang tunjuk rakyat Kelantan lebih bahagia dai rakyat Selangor.
“Kelantan termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang hati walaupun adalah masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia.
“Kita dapat skor 7.0 berbanding Selangor mendapat markah 5.0 iaitu jauh berbeza memandangkan negeri itu kaya, hasil bumi banyak, namun rakyatnya tidak bahagia,” katanya.
Menerusi laporan MHI 2021 yang dikeluarkan, kedudukan Kelantan sebagai negeri kelima dalam senarai membuktikan negeri tersebut memiliki rakyat yang bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.
Kelantan yang meraih markah 7.0 dan jauh meninggalkan Selangor membuatkan beliau membandingkan dua negeri tersebut.
Indeks Kebahagian Rakyat Malaysia (MHI) diwujudkan dalam mengukur tahap kebahagiaan rakyat di sesebuah negeri. Tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 – 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01- 4.00 tidak bahagia; 4.01- 6.00 sederhana bahagia; 6.01 – 8.00 bahagia dan 8.01 – 10.00 sangat bahagia.
Sebagai rekod, Malaysia secara sebuah negara meraih markah 6.48 bagi MHI 2021. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, MHI 2021 itu dibuat berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.
Dalam pada itu, Mohd Amar menasihatkan rakyat Kelantan untuk berfikir dengan baik serta tidak mengikut perasaan sekiranya terdapat pihak yang mendesak mahu menukar pentadbiran negeri tersebut.
BACA:
Netflix bakal tutup syarikat? Berjuta pelanggan lari..