Netflix bakal tutup syarikat? Berjuta pelanggan lari. Finance Yahoo hari ini melaporkan tentang isu esar melanda Netflix. Walaupun menjadi salah satu perintis dalam perkhidmatan penstriman, Netflix nampaknya tidak lari daripada dilanda masalah besar apabila kehilangan hampir 1 juta pelanggan atau tepatnya 970 ribu. Angka ini adalah kerugian suku tahunan yang paling banyak dan terbesar dalam sejarah Netflix.
Pada suku pertama 2022, Netflix kehilangan 200,000 pelanggan. Jenama ini juga pernah meramalkan bahawa mereka akan kehilangan dua juta pelanggan. Nasib baik ramalan ini tidak jadi kenyataan, namun angka 970,000 pelanggan turut memberi kesan buruk buat Netflix
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat analisis penstriman NPAW, Ferran G Vilero berkata, “Kehilangan pelanggan ini nampaknya disebabkan oleh persaingan yang tinggi daripada perkhidmatan penstriman lain, keadaan ekonomi global, dan hakikat bahawa mereka sudah mempunyai bilangan pelanggan yang besar,”
Walaupun situasi ini terjadi, Netflix masih kekal menjadi perkhidmatan penstriman dengan bilangan pelanggan tertinggi. Netflix mempunyai lebih daripada 220 juta pelanggan di seluruh dunia, mendahului HBO Max dengan 74 juta pelanggan dan Disney Plus dengan 87.6 juta pelanggan.
Trend penurunan ini disebabkan oleh redanya pandemik COVID-19 di beberapa negara. Dengan orang ramai sudah mula bekerja dan tidak ada masa untuk melanggan penstriman video.
BACA:
Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?
Wanita selamba isi minyak Lamborghini sambil main phone rekod video, signboard depan mata je..