Anak ayam berkaki empat jadi perhatian

Oleh MHDAILY

Anak ayam berkaki empat jadi perhatian. Seorang petani di wilayah Nong Khai, Thailand, terkejut apabila mendapati seekor anak ayam yang dibelinya mempunyai empat kaki dan dua punggung, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki bernama Idisak itu membeli 1,000 ekor anak ayam betina dan meletakkan haiwan-haiwan tersebut di dalam reban miliknya di Big Bum Farm.

Salah seekor ayam itu mencuri perhatian Idisak kerana keadaan fizikalnya yang luar biasa.

“Saya membela ayam selama 15 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, saya tidak pernah melihat anak ayam mempunyai empat kaki dan dua punggung,” katanya.

Berita mengenai anak ayam itu pantas tersebar dengan orang ramai mengunjungi ladang ternakan Idisak bagi melihat sendiri keganjilan tersebut.

Anak ayam berkaki empat jadi perhatian

Ayam itu bahkan diberi nama Nong Nam Chok, bermaksud si kecil yang membawa tuah.

Ada antara penduduk kampung datang ke situ setiap hari dengan harapan agar haiwan itu dapat membawa kemewahan kepada mereka selain ada yang membuat ramalan nombor ekor.

Kejadian anak ayam berkaki empat pernah dilaporkan di China, India dan Thailand dengan nama saintifik bagi ke­adaan itu adalah polymelia.

Polymelia merupakan sejenis kecacatan genetik di mana anak ayam yang mengalami sindrom tersebut mempunyai lebihan anggota badan yang mengecut atau cacat. – Agensi

BACA:

Wow! Galaksi paling tua berjaya dirakam

Orang ramai terkejut tengok bentuk badan Elon Musk bila tak berbaju

Eina Azman pakai baju ketat sambil menari, sekali benda lain yang netizen perasan