Kadar inflasi di Malaysia naik menggila lagi!

Oleh MHDAILY

Kadar inflasi di Malaysia naik menggila lagi! Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi dalam negara bagi Jun 2022 meningkat 3.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu dan lebih tinggi berbanding 2.8 peratus pada Mei.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Ser Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan Jun 2022.

Sementara itu, beliau berkata semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan peningkatan dan mendorong kepada inflasi keseluruhan kepada 3.4 peratus.

“Pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti oleh restoran & hotel (5.0 peratus); hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus); pelbagai barangan & perkhidmatan (2.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi & kebudayaan (2.2 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir menjelaskan, pada Jun 2022, kesemua subkumpulan bagi makanan & minuman bukan alkohol menunjukkan peningkatan antara 2.8 peratus hingga 11.9 peratus.

Kadar inflasi di Malaysia naik menggila lagi! harga emas hari ini harga emas semasa harga emas 916 hari ini harga getah sabah harga emas harga getah harga iphone 12 pro max harga emas 916 hari ini 2021 harga emas 1 gram hari ini harga emas terkini

Sementara itu, katanya komponen makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 6.6 peratus, mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

“Antara makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan adalah Roti canai (10.5 peratus), nasi berlauk (9.7 peratus), masakan daging (7.8 peratus) dan makanan berasaskan mee (7.0 peratus).

Beliau menambah, ayam yang mempunyai wajaran terbesar dalam subkumpulan daging (46.1 peratus) meningkat sebanyak 17.2 peratus berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei 2022.

Katanya, purata harga ayam mentah pada Jun 2022 adalah sebanyak RM10.02 sekilogram berbanding RM8.55 pada Jun 2021.

“Peningkatan harga ayam ini adalah selari dengan kenaikan input pengeluaran makanan dunia seperti jagung (14.8 peratus), gandum (60.9 peratus) dan kacang soya (19.9 peratus) yang menjadi komposisi terbesar penyediaan dedak ayam,” katanya.

Mohd Uzir berkata, peningkatan dalam kumpulan pengangkutan pula disebabkan terutama oleh peningkatan purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON97 sebanyak 80 peratus (RM4.77 seliter) berbanding RM2.65 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Kenaikan harga minyak ini adalah kesan daripada peningkatan harga minyak mentah Brent (64.3 peratus) kepada $AS120.08 setong pada Jun 2022,” katanya.

Inflasi bagi suku tahun kedua 2022 meningkat 2.8 peratus berbanding

suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, inflasi bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 meningkat 2.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagi perbandingan bulanan, inflasi meningkat 0.6 peratus berbanding Mei 2022.

Mengenai inflasi negara lain, Mohd Uzir berkata, kadar inflasi Zon Euro mencatatkan 8.6 peratus pada Jun 2022, manakala kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) meningkat 9.1 peratus pada bulan sama.

Beliau berkata, perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia (3.4 peratus) adalah lebih tinggi berbanding China (2.5 peratus) namun lebih rendah daripada Thailand (7.7 peratus), Filipina (6.1 peratus), Korea (6.0 peratus) dan Indonesia (4.4 peratus).

“Sementara itu, antara negara yang mencatatkan peningkatan dua angka adalah Argentina (64.0 peratus), Sri Lanka (58.9 peratus) dan Pakistan (21.3 peratus),” katanya.

BACA:

Orang ramai terkejut tengok bentuk badan Elon Musk bila tak berbaju

Wanita dedah dua anaknya mati dalam perut selepas mimpi aneh, nekad tak ‘share’ berita hamil anak ketiga lepas jumpa ustaz

Tuan Ibrahim luah isi hati, akui bimbang suasana perpaduan dalam Pas