Kecoh satu taman, suami rogol anak jiran sebelah, isteri pula tukang rakam..

Oleh MHDAILY

Kecoh satu taman, suami rogol anak jiran sebelah, isteri pula tukang rakam. Seorang lelaki tergamak merogol anak jiran yang masih di bawah umur di sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Abadi, Kecamatan Rumbai, Pekanbaru.

Aksi tersebut malah dibantu isterinya yang berperanan memujuk mangsa untuk bersetubuh dengan suaminya yang berusia 39 tahun, lapor Kompas.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pekanbaru, Andrie Setiawan berkata, isteri suspek membawa mangsa ke sebuah rumah kosong dan lelaki itu sudah menunggu di sana terlebih dahulu.

Katanya, wanita itu merakam adegan seks itu menggunakan sebuah telefon pintar bahkan mengancam mangsa untuk menyebarkan video tersebut sekiranya dia tidak mahu lagi melayani kehendak suaminya.

“Kes mula terbongkar selepas ahli keluarga mangsa lain mendedahkan terlihat gambar mangsa tanpa berpakaian tersebar dalam kumpulan WhatsApp.

Kecoh satu taman, suami rogol anak jiran sebelah, isteri pula tukang rakam..

“Mangsa mengaku foto itu adalah dirinya yang diambil ketika dirogol jirannya sejak November tahun lalu,” katanya

“Pelaku berjaya diberkas bersama isterinya semasa cuba melarikan diri ke Sumatera Barat.

“Kes tersebut sudah dibawa ke pejabat pendakwa raya dan pasangan itu berdepan hukuman 15 tahun penjara,” tambahnya.

BACA:

Orang ramai terkejut tengok bentuk badan Elon Musk bila tak berbaju

Wanita dedah dua anaknya mati dalam perut selepas mimpi aneh, nekad tak ‘share’ berita hamil anak ketiga lepas jumpa ustaz

Eina Azman pakai baju ketat sambil menari, sekali benda lain yang netizen perasan