Penjimatan kerajaan besar-besaran: Gaji menteri tidak akan dipotong – Mustapha. Kerajaan tidak bercadang melaksanakan penyelarasan elaun melibatkan pegawai atasan kerajaan dan menteri sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara, itu pengesahan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed,
YB menteri berkata, “Itu (pemotongan elaun) tidak berbangkit setakat ini,” jawabnya ringkas ketika ditemui media selepas majlis pelancaran program Gemilang, program latihan terbaharu diterajui Google di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan adakah wujud keperluan untuk kerajaan memotong elaun pegawai tinggi dan menteri sebagai langkah penjimatan.
Ia susulan kenyataan Kementerian Kewangan sebelum ini yang meminta semua badan kerajaan melaksanakan penjimatan dengan menyusun semula peruntukan, mengurangkan perbelanjaan dan menyemak semula program sedia ada.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, pengumuman penjimatan dilakukan kerajaan dijangka tidak memberi kesan domino sehingga mengganggu pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
Katanya, “Setakat ini, cuma 30 daripada lebih 7,000 projek membabitkan RM100 juta sahaja peruntukan pembangunan daripada RM75 bilion. Angka ini kecil.
“Jadi ini tidak harus membimbangkan. Projek yang sudah bermula, sudah ada reka bentuk dan sudah diiklankan tak ada masalah. Justeru, kerisauan yang timbul ini ialah tidak berasas.
“Urusan mengurus perlu diutamakan. Ini baru perancangan sebelum dimuktamadkan dan libat urus sedang berjalan antara EPU (Unit Perancang Ekonomi), MOF (Kementerian Kewangan dan KSU (Ketua Setiausaha),” tegasnya.
Jelasya, kerajaan juga kekal mengambil langkah berwaspada supaya tidak mengganggu pelan pemulihan ekonomi negara.
BACA:
Ustaz Fathi Naim akui ramai gadis mesejnya di Insta, ‘saya layankan aja..”
Ustaz rogol remaja 14 tahun, polis dedah hal sebenar fakta kes
Honda Civic hilang di Genting Highland ditemui semula, dah bertukar warna pulak…
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio