Cara sebenar nak tuntut ASB si mati jika orang tersayang dah meninggal dunia. Anda pernah dengar tentang Amanah Saham Bumiputera atau ASB?
ASB membantu pelabur-pelabur bumiputera menyediakan simpanan alternatif. Simpanan Alternatif ASB boleh menjana pulangan atau pendapatan secara konsisten dalam jangka masa panjang.
Anda ada akaun ASB? Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku kepada wang dalam akaun tersebut setelah anda meninggal dunia?
Setelah pemegang amanah meninggal dunia, terdapat tiga proses tuntutan yang boleh dibuat oleh waris mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pemegang unit.
Wasiat
- Hibah amanah (sekiranya pemegang unit berdaftar dengan ASNB)
- Tidak membuat pembahagian harta pusaka
- Ketiga-tiga proses tuntutan ini perlu melalui proses yang berbeza. Tempoh yang diambil untuk mendapat tuntutan tersebut juga tidak sama.
Sekiranya anda tidak membuat pembahagian harta pusaka, proses tuntutan akan mengambil masa yang agak panjang iaitu selama tiga tahun.
Manakala bagi proses tuntutan melalui wasiat dan hibah amanah, masing-masing mengambil masa selama 18 bulan dan 21 hari.
Menerusi perbandingan ini, proses tuntutan melalui hibah amanah adalah lebih cepat dan mudah.
Apakah Hibah Amanah?
Hibah amanah adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk menguruskan harta.
Sekiranya pemegang unit meninggal dunia, unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada individu yang telah ditetapkan oleh pemegang unit semasa mendaftar.
Konsep Hibah Amanah
Bagi memudahkan proses tuntutan ini, anda dinasihatkan untuk terus berkunjung ke pejabat ASNB. Dapatkan borang dan mendengar taklimat berkenaan proses mengisi borang tersebut di sana.
Untuk memastikan proses tuntutan ini berjalan dengan lancar, anda perlu menyediakan dokumen yang dikehendaki dan melengkapkan borang dengan sempurna.
Syarat-syarat Bagi Hibah Amanah
1.Pemegang unit ASB
- Pemegang unit ASB mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun ke atas.
- Pemegang unit ASB mempunyai minimum baki unit pelaburan sebanyak 1000 unit (tidak termasuk unit bercagar/pinjaman/Skim Pelaburan Ahli KWSP)
2. Penerima hibah
- Individu sahaja.
- Terhad kepada 10 orang sahaja.
- Sekiranya penerima berumur bawah 18 tahun, mereka perlu melantik penjaga yang sah.
3. 1000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah bagi semua tabung unit amanah yang terlibat.
4. Diamanahkan kesemua unit milik penuh kepada penerima (kecuali unit yang bercagar).
5. Bagi unit yang bercagar, tertakluk kepada perjanjian antara pemegang unit dengan institusi pemberi pembiayaan.
6. Pembatalan hibah hanya boleh dibuat jika melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung.
- Bagi selain daripada yang di atas, pembatalan hibah boleh dibuat atas persetujuan penerima.
7. ASNB mempunyai hak untuk menarik balik perjanjian Hibah Amanah.
- Perjanjian Hibah Amanah akan ditarik balik sekiranya pemberi hibah didapati melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan atau hilang kelayakan sebagai pemegang unit ASNB.
Manfaat Melalui Hibah Amanah
- Pemegang unit boleh menentukan siapa penerima dan peratus pembahagian pelaburan.
- Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet tidak diperlukan.
- Yuran perkhidmatan yang kompetitif di mana jumlah yuran ini boleh ditolak daripada duit simpanan dalam akaun ASB sahaja.
Kesan Sekiranya Tiada Hibah Amanah
- Akan melalui proses yang sukar dan mengambil masa yang lama.
- Waris perlu mengeluarkan kos tambahan bagi kos pengurusan di bawah pentadbiran harta pusaka.
Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka bila akan berlaku. Maka, manfaatkanlah hibah amanah ini kepada waris anda supaya dapat membantu mereka setelah anda tiada.
BACA:
Lelaki Kelantan hina Islam dan Nabi positif dadah, kini ditahan Polis
Bayar RM950 hanya untuk cuci kereta, wanita geram dengan suami
Lagi video hina islam tersebar, kali ini pemuda dari Kelantan pula buat hal
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio