Lembu korban tiba-tiba mengamuk, kelam kabut satu kampung

Oleh MHDAILY

Lembu korban tiba-tiba mengamuk, kelam kabut satu kampung. Suasana di pekarangan Masjid Bukit Besi di sini, bertukar menjadi gempar apabila seekor lembu program korban tiba-tiba mengamuk selepas terlepas ikatan ketika dibawa turun dari sebuah lori, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, sebuah motosikal mengalami kerosakan akibat ditanduk lembu tersebut, namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan pada mana-mana individu.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang berada di lokasi kejadian berkata, tali yang mengikat lembu berumur lingkungan dua tahun tersebut terputus ketika usaha membawa turun lembu itu dari lori.

“Lembu tersebut kemudiannya mengamuk dan cuba melarikan diri menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian panik dan lari bertempiaran.

“Lembu tersebut cuba ditangkap penduduk, namun, tidak berjaya menyebabkan lembu itu terpaksa ditembak dengan menggunakan pelali kira-kira sejam kemudian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Lembu korban tiba-tiba mengamuk, kelam kabut satu kampung

Ghazali berkata, lembu itu kemudiannya digantikan dengan lembu lain bagi meneruskan program korban.

Pada program tersebut, sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan dan kira-kira 150 orang menerima daging korban.

BACA:

Sudah lali dibuli, pelajar ‘lembut’ ini buktikan setiap semester dapat anugerah dekan

Gelembung Pelancongan : Genting Highlands tak jadi buka 1 Oktober

Setelah gelar penerima vaksin sebagai ‘lembu’, penyanyi nasyid guna ayat Al Quran pertahan kenyataan