Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut

Oleh MHDAILY

Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut. Rupanya ada segelintir peminat yang kurang senang melihat hubungan baik yang dikekalkan oleh pelakon Abby Abadi bersama bekas suaminya Norman Hakim. Biarpun sudah lama berpisah, keakraban mereka sudahpun terjalin sejak berpisah lagi, namun baru-baru ini ada netizen menuduh Abby seperti tidak boleh meneruskan hidup baru.

Anggap Norman dan Memey macam adik beradik

Menerusi beberapa video yang dimuat naik Abby di laman TikTok, dia berkongsi beberapa jawapan dan soalan netizen. Rata-rata soalannya berkaitan hubungannya dengan Norman dan Memey yang dilihat keterlaluan seperti didakwa netizen.

Abby dengan tenang menjawab dia sudah lama melupakannya dan menganggap Norman dan Memey ibarat adik beradik.

Sudah-sudahlah tu, takde luka dah saya ni. rilek-rilek sudah. Alhamdulillah saya okay je sekarang. Takde rasa apa pun kalau berdepan dengan Norman dan Memey.

Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut

Norman yang selalu datang rumah jumpa anak-anak

Abby yang aktif menjawab persoalan netizen itu turut menjawab beberapa pertuduhan yang dilemparkan netizen terhadapnya. Seorang netizen memintanya supaya tidak selalu berjumpa dengan Norman dan menganggap Abby tidak ‘move on’. Abby bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut.

Lain kali cakap siang pandang-pandang. Jangan main terjah je. Tak pernah pun saya nak heran nak ada selalu dengan Norman tu ye.

Norman tu yang selalu datang rumah saya ambil anak-anak dia, jumpa anak-anak dia. Raya pun diorang datang rumah kita. Kita selalu dengan Memey je.

Awak malu-malu sikit ye kalau nak tuduh-tuduh. Jangan main sembur je. Mati tak sempat nak minta maaf nanti. Susah kat Masyar tau.

Umum mengetahui, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada 2002 tetpi bercerai pada tahun 2009. Hail perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dannia Hakim dan Danisha Hakim.

BACA:

Rupanya ada versi asal filem Mat Kilau tapi tak jadi, ‘Shuk Sahar jadi Mat apa?’

“Diam lebih baik” – Fazura

Pemuda dedah ‘kisah gelap’ pemilik rumah anak yatim di Malaysia, buat duit juta-juta