Habis semua Musang King berulat kena penyakit, peladang rugi teruk

Oleh MHDAILY

Habis semua Musang King berulat kena penyakit, peladang rugi teruk. Hampir 100 pengusaha durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli kehilangan hasil lebih RM1 juta selepas buah rosak, akibat penyakit misteri.

Tinjauan ke beberapa kebun durian mendapati durian rosak dan berulat, sekali gus menjejaskan rasa buah.

Pengusaha durian mendakwa satu pokok yang sebelum ini boleh menghasilkan hampir 500 biji durian untuk satu musim, kini hanya menghasilkan beberapa biji buah yang elok untuk dijual.

Che Mohd Zaid Che Hasan, 65, berkata ini kejadian pertama terjadi sepanjang lapan tahun dia mengusahakan durian terbabit di KampungAir Gatal, di sini, sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.

“Akibat serangan penyakit misteri ini, durian mudah rosak. Buah gugur sebelum tiba masanya, selain kulit kehitaman serta berulat. Rasa juga tawar berbanding biasa.

Habis semua Musang King berulat kena penyakit, peladang rugi teruk

“Pemborong durian menjadi pelanggan tetap di kebun ini juga sudah memilih pekebun lain kerana saya tidak dapat membekalkan kepada mereka Musang King berkualiti tinggi.

“Selain Musang King, durian lain seperti D24, IOI, Tok Litok dan durian kampung juga turut dijangkiti penyakit misteri berkenaan. Boleh dikatakan hampir semua pokok di tanah seluas 1.2 hektar ini terkesan,” katanya di sini.

Kebanyakan pengusaha durian Musang King yang ditemui mengatakan penyakit misteri itu pertama kali berlaku di kebun mereka, dan menjejaskan hampir semua buah.

Sementara itu, Ibrahim Abdullah, 65, pekebun durian Musang King di Kampung Ayer Chanal, di sini, berkata dia terpaksa menjual Musang King yang siap dibungkus, berbanding menjualnya secara biji kerana buah berulat.

“Buah siap peket dijual pada harga lebih murah berbanding dijual biji sekitar RM35 sehingga RM40 sekilogram. Dengan cara ini, kami boleh memilih sendiri isi yang elok, sebelum dijual.

“Saya sangat berharap jika ada dapat membantu kami dengan penyakit yang menyerang durian kami supaya masalah sama tidak berulang,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Peladang kawasan Lanas Jedok, Tanah Merah, Zulkifli Yunus, berkata kebanyakan penduduk di situ mengusahakan tanaman durian, rambutan, manggis dan kejadian itu menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya, agensi kerajaan diharap dapat turun padang membantu menyelesaikan masalah itu.

BACA:

Ismail Sabri sah tidak hadir mesyuarat MT Umno semalam

Annuar jangka lebih ramai MT Umno akan dipecat selepas Tajuddin

Tindakan abang lempar adik ke lantai buat netizen tercengang