Elfira Loy kongsi video ‘live’ bersalin di hospital, sekali benda lain yang netizen perasan

Oleh MHDAILY

Elfira Loy kongsi video ‘live’ bersalin di hospital, sekali benda lain yang netizen perasan. Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy ada berkongsikan video momen indah suaminya, Farish Khairol Anuar yang menyambut sendiri kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Video itu dikongsikan Elfira bersempena dengan sambutan Hari Bapa serta menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana menjadi ayah terbaik untuk anak mereka.

“We love you so much no matter how annoying you are. You are still amazing. My best moment of you : when you assisting with the birth, sambut anak kita. SubhanAllah,” tulisnya.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk suamiya yang dilihat membalas penghargaan yang dibuat isteri tersayang.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Elfira dilihat tenang sahaja ketika bersalin serta mengagumi pelakon itu tidak menjerit ketika meneran.

Elfira Loy kongsi video 'live' bersalin di hospital, sekali benda lain yang netizen perasan

Elfira dan Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf 2 tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

BACA:

Waspada penyakit kelamin terbaru ini, anda mungkin terkena jangkitan

Ramai perasan ‘baby bump’ pada Heliza

Naikkan cukai jalan kereta lama cara untuk atasi kenderaan sesak – Ahli Akademik