Kerap pakai baju tali halus, Emma Maembong akhirnya dedah tujuannya..

Oleh MHDAILY

Kerap pakai baju tali halus, Emma Maembong akhirnya dedah tujuannya..Kini pelakon Emma Maembong dah pun bergelar ibu, namun jika dilihat di laman media sosial, pelakon berumur 30 tahun ini sering saja tampil dengan baju yang agak terdedah.

Jelas Emma, dia hanya mahu jadi dirinya sendiri, dan selesa dengan imej sedemikian.

Walaupun dah berkahwin dan mempunyai seorang anak, apa yang penting bagi Emma ialah dirinya sendiri dan juga family.

“Saya hanya mahu pakai apa yang saya rasa selesa. Jika diikutkan, pakaian yang saya pakai ni sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus saja nak berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.”

“Tak kisah lah apa orang nak cakap, contoh pakaian macam budak-budak ke, yang penting saya hanya mahu menghargai hidup saya sekarang.”

Emma Maembong meminta semua akan dapat mendoakan dirinya, kerana dia pun faham wanita memang wajib bertudung.

“Harap dapat doakan yang baik-baik, mungkin satu hari nanti saya akan pakai tudung balik.”

Kerap pakai baju tali halus, Emma Maembong akhirnya dedah tujuannya..

“Memang setiap wanita kena pakai tudung, Insyaallah saya akan berubah nanti, tapi janganlah mahu kaitkan hal ini dengan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak yang tersendiri.”

Jelas Emma lagi, dia pun dah malas nak berbalas komen dengan netizen, kerana tak mahu pening kepala dah.

“Zaman saya nak komen-komen dengan netizen dah pun berakhir. Kalau dulu, saya ni darah muda, bila ada saja orang tulis bukan-bukan, rasa nak balas balik.”

“Namun, umur saya pun dah 30 tahun. Saya dah ada anak, suami pun. Saya hanya fokus nak jaga keluarga saya je.”

“Memang susah nak puas hati orang luar, saya pun dah tak nak ada rasa tertekan lagi dah. Emosi saya hanya untuk anak, family.”

Itulah komen Emma Maembong tentang cara pemakaiannya yang sering menjadi buah mulut untuk para netizen di luar sana, kerana terlalu terdedah.

BACA:

Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini..

Johan Qariah dedah rahsia kemenangan..

Lelaki luah perasaan sedih, kekasih cabut lari lepas derma buah pinggang