Johan Qariah dedah rahsia kemenangan..

Oleh MHDAILY

Johan Qariah dedah rahsia kemenangan..Johan Qariah Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) dari Selangor, Sofizah Mousin bersyukur dan rasa cukup bertuah memenangi gelaran tersebut buat pertama kali selepas tiga kali berada di pentas MTHQK.

Sofizah, 33, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA, SS2, Petaling Jaya, Selangor berkata, dia tidak dapat membuat persiapan rapi ke pentas MTHQK ini kerana kedua-dua anak perempuannya berusia 14 bulan dan empat tahun sakit dua minggu sebelum majlis.

“Alhamdulillah, dalam kesibukan menjaga anak-anak, saya dapat curi masa untuk berlatih dan memperkemaskan bacaan sebelum bertanding.

“Disebabkan itu, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk muncul johan bahagian qariah ini.

“Saya akan cuba buat lebih baik ketika mewakili negara nanti dengan bimbingan guru agama saya selain lebih kerap membuat latihan intensif. Walaupun ada kekangan masa oleh kerana tugas harian, saya akan pastikan mempunyai cukup masa untuk berlatih,” katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Johan Qariah dedah rahsia kemenangan..

Sofizah berkata, setiap hari dia akan membuat latihan suara ketika memandu kereta dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja.

“Selain berlatih secara formal, saya juga membuat latihan suara ketika memandu kereta pergi dan balik kerja,” katanya pada majlis yang berlangsung di Pusat Islam Iskandar, di sini, malam tadi.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000,piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

BACA:

‘Kereta mewah pun dah beralih ke minyak kuning sekarang’

Cara semak kemasukan ke UiTM

Padah berhutang, warga emas nekad potong kemaluan sendiri