Wajah kacak penjaga gol Malaysia pula jadi perhatian, “merenyam dah semua gadis..” Semalam menyaksikan kemenangan buat pasukan Harimau Malaya apabila berjaya ‘menundukkan’ pihak lawan dengan keputusan 4-1. Sudah tentunya dengan kemenangan ini Harimau Malaya berjaya lolos ke Piala Asia 2023.
Biarpun begitu, acara perlawanan malam tadi turut membuatkan penonton tertarik untuk menyaksikan salah seorang pemain Harimau Malaya yang berada di posisi keeper atau pun penjaga gol. Pemain tersebut adalah Syihan Hazmi dan difahamkan beliau berasal dari Kelantan.
Aksi penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi ketika menentang Bangladesh malam tadi terus mencuri perhatian orang ramai apabila rata-rata daripada mereka menyifatkan lelaki berusia 26 tahun itu sebagai mempunyai aura seorang bintang berikutan memiliki wajah kacak.
Pada masa sama, anak kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter itu turut dipuji orang ramai berikutan konsep persembahan terbaik ditampilkannya malam tadi sekali gus membolehkan negara melayakkan diri ke Piala Asia 2023.
Sementara itu, menyingkap mengenai perjalanan karier Syihan Hazmi, jejaka berusia 26 tahun itu memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.
Beliau seterusnya melebarkan sayap apabila menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 sebelum menyertai pasukan Negeri Sembilan FC ketika ini dengan menggunakan baju bernombor 33.
Berdasarkan maklumat di Instagram, Syihan juga dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengasas produk kosmetik selain turut dikurniakan dua orang cahaya mata.
Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun butahatitv ini, kelihatan beberapa koleksi penjaga gol Malaysia ini sedang beraksi.
Nama pun penonton bola sepak, kalau tak ‘cuci mata’ tak sah. Ibarat tonton sukan dan menyokong pasukan Malaysia, sekali harung cuci mata. Apa-apa pun perkongsian video ini telah meraih tumpuan ramai.
Malah di ruangan komen rata-rata warganet turut akui penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi ini ‘menarik’ rupa parasnya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Aku dari suka bola, sorang2 depan TV riuh! Suami tak suka dia datang mintak picit bahu, aku puji kiper hensem, terus masuk bilik tak jadi nak urut!”
“Hensem2 pemain Malaysia malam tadi. Aih jatuh hati”
“Aik ingat aku jer cakap kiper Malaysia hensem..rupanya ramai yang cakap”
“Tak tau nak cakap da hensemnya”
BACA:
Isteri Caprice ‘suka’ dikecam, jualan produk dan pengikut akan meningkat
Kakitangan kerajaan diberi cuti sehari untuk tanam sayur
Didakwa buat khidmat seks, akhirnya Fiza Halim tampil bersuara
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio